Dua rakan sekerja maut rempuh kereta di lampu isyarat

Dua rakan sekerja maut rempuh kereta di lampu isyarat

Dua rakan sekerja maut rempuh kereta di lampu isyarat
Dua buruh binaan maut selepas motosikal mereka terbabit kemalangan di persimpangan empat lampu isyarat dekat Kampung Baru Tampin, malam tadi. – Foto PDRM

TAMPIN: Dua buruh binaan maut selepas motosikal mereka naiki terbabit kemalangan di persimpangan empat lampu isyarat dekat Kampung Baru Tampin, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Amiruddien Sariman berkata kemalangan jam 9 malam membabitkan sebuah kereta Mitsubishi Xpander dengan motosikal Honda C100 dinaiki mangsa lelaki berusia 32 tahun bersama rakan sekerjanya berumur 20 tahun.

Siasatan awal mendapati pemandu kereta seorang lelaki berusia 34 tahun dari kuarters kakitangan Hospital Tampin ke Pekan Tampin.

“Apabila sampai di persimpangan lampu isyarat, pemandu kereta itu meneruskan perjalanan ketika lampu isyarat hijau.

“Secara tiba-tiba datang motosikal ditunggang seorang lelaki tempatan bersama pembonceng lelaki warga Bangladesh dari sebelah kanan, lalu dikatakan melanggar bahagian hadapan kereta berkenaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Game Over Kepada Ahmad Terrirudin


“Akibat kemalangan itu, pembonceng motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala penunggang motosikal meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Tampin ketika menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pemandu kereta cedera ringan di dada dan dirawat di Hospital Tampin.

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker