Doping gugat karier, Chelsea cari pengganti Mudryk

Doping gugat karier, Chelsea cari pengganti Mudryk

Doping gugat karier, Chelsea cari pengganti Mudryk
MUDRYK mungkin berdepan penggantungan empat tahun kerana kesalahan doping. -FOTO Reuters

Philadelphia: Jurulatih Chelsea, Enzo Maresca, menegaskan bahawa beliau masih meletakkan kepercayaan terhadap Mykhailo Mudryk walaupun pemain sayap Ukraine itu didakwa melanggar peraturan anti-doping oleh Persatuan Bola Sepak England (FA), namun mengesahkan kelab itu sedang mencari pengganti di posisi berkenaan.

“‘Mischa’ ialah pemain Chelsea. Selagi dia masih pemain Chelsea, saya akan percayakan semua pemain Chelsea,” kata Maresca.

Mudryk tidak beraksi buat Chelsea sejak 28 November selepas dikenakan penggantungan sementara oleh FA susulan “penemuan tidak normal dalam ujian air kencing rutin” yang dijalankan pada Disember lalu.

Di bawah peraturan FA, pemain berusia 23 tahun itu boleh dikenakan hukuman penggantungan sehingga empat tahun.

Mudryk tidak menyertai skuad Chelsea ke kejohanan di Amerika Syarikat dan Maresca mengesahkan beliau tidak lagi berhubung dengan pemain itu sejak kemenangan Chelsea dalam final Liga Konferens UEFA menentang Real Betis di Poland hujung bulan lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Game Over Kepada Ahmad Terrirudin


“Kali terakhir saya bercakap dengan ‘Mischa’ ialah di Poland dan ketika itu dia dalam keadaan baik.

“Sejak hari itu saya belum bercakap dengannya, jadi saya tidak tahu bagaimana keadaannya sekarang, tetapi sudah tentu dalam beberapa hari atau minggu akan datang, kami akan menghubunginya.”

Mudryk menyertai Chelsea dari Shakhtar Donetsk pada Januari 2023 dengan nilai perpindahan sebanyak €100 juta (RM507 juta), namun kariernya di Stamford Bridge sering dibayangi prestasi tidak konsisten.

Setakat ini, dia hanya menjaringkan 10 gol dalam 73 penampilan dalam semua kejohanan bersama The Blues.

Maresca turut mendedahkan beliau berharap dapat membawa masuk seorang pemain sayap baharu sebelum musim baharu Liga Perdana Inggeris bermula.

“Kami sudah melalui hampir keseluruhan musim lalu tanpa ‘Mischa’, dan kami cuba mencari penyelesaian lain menggunakan pemain akademi seperti Tyrique (George), tetapi kami kini memutuskan untuk mencari pemain sayap baharu,” kata Maresca.

Doping gugat karier, Chelsea cari pengganti Mudryk

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker