Cuesta jurulatih termuda dalam sejarah Serie A

Cuesta jurulatih termuda dalam sejarah Serie A

Cuesta jurulatih termuda dalam sejarah Serie A
CUESTA pernah menjadi penolong jurulatih kepada Arteta di Arsenal. -FOTO AFP

Rom: Parma melakar sejarah apabila melantik Carlos Cuesta yang berusia 29 tahun sebagai ketua jurulatih termuda dalam sejarah Serie A apabila mereka mengumumkan pemain Sepanyol itu untuk menggantikan Cristian Chivu.

“Parma Calcio dengan sukacitanya mengumumkan bahawa bermula 1 Julai ini, Carlos Cuesta akan menjadi pengurus pasukan utama lelaki,” umum kelab berkenaan menerusi laman web rasmi mereka sambil menambah bahawa beliau menandatangani kontrak selama dua tahun.

Cuesta sebelum ini bertugas di Arsenal sebagai pembantu kepada Mikel Arteta sejak tahun 2020. Sebelum itu, beliau berkhidmat selama dua tahun di Itali sebagai jurulatih skuad remaja Juventus.

Anak kelahiran Mallorca itu yang akan menyambut ulang tahun ke-30 pada Julai ini, kini menjadi jurulatih termuda dalam kalangan lima liga utama Eropah.

Parma kembali ke Serie A musim ini dan berada di kedudukan ke-18 ketika Chivu dilantik pada Februari, selepas tujuh tahun membimbing skuad muda Inter Milan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Game Over Kepada Ahmad Terrirudin


Dalam 13 perlawanan pertama selaku jurulatih utama senior, bekas bintang Romania itu mencatat tiga kemenangan, tiga kekalahan dan tujuh keputusan seri cukup untuk membawa kelab itu naik ke tangga ke-16 dan kekal di Serie A.

Chivu kemudiannya meninggalkan Parma selepas musim tamat untuk mengambil alih jawatan ketua jurulatih di Inter Milan, kelab yang turut diwakilinya sebagai pemain selama enam musim.

Cuesta dilaporkan mengatasi beberapa calon tempatan termasuk Daniele De Rossi, Alberto Gilardino dan Paolo Vanoli untuk jawatan itu.

Musim baharu Serie A hanya akan bermula pada 23 Ogos, namun Cuesta menjadi jurulatih kesembilan yang dilantik setakat musim panas ini, dengan dua lagi daripada 20 pasukan liga utama Itali itu masih belum mengisi kekosongan.

Cuesta jurulatih termuda dalam sejarah Serie A

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker