‘Tiada Niat Nak Famous Dengan Cara Seperti Ini’ – 44 Ariel

‘Tiada Niat Nak Famous Dengan Cara Seperti Ini’ – 44 Ariel

‘Tiada Niat Nak Famous Dengan Cara Seperti Ini’ – 44 Ariel

Penyanyi muda, 44 Ariel menerima teguran dengan hati yang terbuka apabila pelancaran muzik video lagu terbaharunya berjudul ‘Sempurna’ dikritik selepas didakwa menyentuh sensitiviti agama Islam.

‘Tiada Niat Nak Famous Dengan Cara Seperti Ini’ – 44 Ariel

 

Ketika dihubungi OhBulan!, pemilik nama Airel Mohamad Jordan, 19, menjelaskan muzik video lagu itu hanya menggambarkan situasi yang berlaku pada masyarakat kini.

Saya terima teguran itu dengan hati yang terbuka dan mengambil dari sudut positif.

Saya masih muda dan masih belajar.

Saya tiada niat nak popular dengan cara sebegini. Ia hanyalah lakonan semata-mata.

Menjelaskan lebih lanjut, Airel berkata dia memlih untuk merekodkan muzik video di kelab malam kerana ia berkait rapat dengan lirik lagu.

Katanya, kelab malam bukanlah satu perkara yang pelik pada kehidupan ini. Malah ia kerap ditayangkan menerusi filem dan televisyen.

Bagi saya, gambaran sisi gelap seperti itu bukan perkara baharu dalam dunia seni. Ada juga babak seperti itu ditayangkan dalam filem.

Saya hanya mencuba perkara yang baharu iaitu dengan memaparkan sisi gelap itu dalam muzik video.

Selama lima tahun saya tidak pernah berputus asa keluarkan lagu, jadi apabila lagu ini tular ia mengajar saya untuk jangan pernah putus berharap.

Saya juga bersyukur sebab penat lelah saya akhirnya dibayar.

Sebelum ini, Airel menjadi topik hangat selepas seorang pendakwah selebriti, iaitu Pencetus Ummah (PU) Syed menyifatkan muzik video tersebut sebagai keterlaluan dan tidak wajar ditayangkan kepada umum.

‘Tiada Niat Nak Famous Dengan Cara Seperti Ini’ – 44 Ariel

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker