“Saya dengar dua cucu menangis, mengadu sakit dan meminta tolong…” – Nenek mangsa kemalangan maut

“Saya dengar dua cucu menangis, mengadu sakit dan meminta tolong…” – Nenek mangsa kemalangan maut

"Saya dengar dua cucu menangis, mengadu sakit dan meminta tolong..." - Nenek mangsa kemalangan mautOleh Asrol Awang - Jun 18, 2025 @ 3:02pm facebook sharing buttonwhatsapp sharing buttontwitter sharing button Suasana pilu di Unit Forensik Hospital Pekan, susulan kemalangan maut yang mengorbankan suami isteri di Pekan. - NSTP/ Asrol Awang Suasana pilu di Unit Forensik Hospital Pekan, susulan kemalangan maut yang mengorbankan suami isteri di Pekan. - NSTP/ Asrol Awang PEKAN: "Saya dengar dua cucu menangis, mengadu sakit dan meminta tolong. Cucu perempuan yang buat panggilan video pula tidak bercakap." Situasi menyayat hati itu dikongsi Som Hamzah, 65, ketika menceritakan kembali detik cucunya membuat panggilan video sejurus kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan di Jalan Kuantan-Segamat dekat Kampung Batu Lapan, Lepar, di sini, malam tadi. Kemalangan itu menyebabkan Jamal Azizul Samat, 44, yang juga anak kepada Som dan isteri, Lizawati Abdullah, 41, maut, manakala tiga anak mereka berusia antara enam hingga 17 tahun parah. "Makcik tahu anak, menantu dan tiga cucu terbabit kemalangan sebaik menjawab panggilan video seorang daripadanya mereka. Disyorkan Pelakon dan penyanyi terkenal tiba di mahkamah Putrajaya 2 beranak mengaku curi barang pasar raya didenda RM2,000 seorang Sheila syukur Kayda Aziz bertunang Ahli Majlis PBT dituduh merogol "Ketika panggilan video itu dia tidak mengetahui keadaan terutama anak dan menantunya sudah meninggal dunia dalam kemalangan itu," katanya. Pause Next Mute Current Time 0:08 / Duration 1:01 Fullscreen Som berkata, ketika kejadian lima beranak itu dalam perjalanan pulang dari Taman Sepakat, di sini ke rumah mereka di Muadzam Shah, Rompin. "Mereka ke rumah anak saya iaitu adik Jamal Azizul untuk makan pulut santan durian. Durian itu dibeli arwah berharga lebih RM300 dan arwah berpuas hati dapat makan bersama keluarga. "Arwah memang teringin sangat makan durian dan alhamdulillah hajatnya sampai. Arwah juga sempat bergurau," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Pekan, di sini. Ditanya sama ada terdapat sebarang tanda mencurigakan sebelum kemalangan, Som berkata dia menyedari anak dan menantunya menciumnya terlalu lama sebelum bergerak. Sementara itu, ibu Lizawati, Siti Manap menerima dan reda dengan kejadian menimpa anak dan menantunya itu. "Saya boleh terima dan reda kerana kita juga akan di situ (meninggal dunia) juga kerana Allah SWT. Kita nak kata apa, sudah tertulis dan saya terima dengan seadanya. "Sebenarnya, arwah Lizawati ini seorang anak yang suka berahsia dan pendiam. Kali terakhir bertemu pada Jun tahun lalu dan hanya berhubung melalui telefon," katanya. Jenazah suami isteri itu akan dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam FELDA Chini Timur 1, di sini.
Suasana pilu di Unit Forensik Hospital Pekan, susulan kemalangan maut yang mengorbankan suami isteri di Pekan. – NSTP/ Asrol Awang

PEKAN: “Saya dengar dua cucu menangis, mengadu sakit dan meminta tolong. Cucu perempuan yang buat panggilan video pula tidak bercakap.”

Situasi menyayat hati itu dikongsi Som Hamzah, 65, ketika menceritakan kembali detik cucunya membuat panggilan video sejurus kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan di Jalan Kuantan-Segamat dekat Kampung Batu Lapan, Lepar, di sini, malam tadi.

Kemalangan itu menyebabkan Jamal Azizul Samat, 44, yang juga anak kepada Som dan isteri, Lizawati Abdullah, 41, maut, manakala tiga anak mereka berusia antara enam hingga 17 tahun parah.

“Makcik tahu anak, menantu dan tiga cucu terbabit kemalangan sebaik menjawab panggilan video seorang daripadanya mereka.

“Ketika panggilan video itu dia tidak mengetahui keadaan terutama anak dan menantunya sudah meninggal dunia dalam kemalangan itu,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Game Over Kepada Ahmad Terrirudin


“Mereka ke rumah anak saya iaitu adik Jamal Azizul untuk makan pulut santan durian. Durian itu dibeli arwah berharga lebih RM300 dan arwah berpuas hati dapat makan bersama keluarga.

“Arwah memang teringin sangat makan durian dan alhamdulillah hajatnya sampai. Arwah juga sempat bergurau,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Pekan, di sini.

Ditanya sama ada terdapat sebarang tanda mencurigakan sebelum kemalangan, Som berkata dia menyedari anak dan menantunya menciumnya terlalu lama sebelum bergerak.

Sementara itu, ibu Lizawati, Siti Manap menerima dan reda dengan kejadian menimpa anak dan menantunya itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993


“Saya boleh terima dan reda kerana kita juga akan di situ (meninggal dunia) juga kerana Allah SWT. Kita nak kata apa, sudah tertulis dan saya terima dengan seadanya.

“Sebenarnya, arwah Lizawati ini seorang anak yang suka berahsia dan pendiam. Kali terakhir bertemu pada Jun tahun lalu dan hanya berhubung melalui telefon,” katanya.

Jenazah suami isteri itu akan dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam FELDA Chini Timur 1, di sini.

“Saya dengar dua cucu menangis, mengadu sakit dan meminta tolong…” – Nenek mangsa kemalangan maut

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker