Polis siasat kes anggotanya dikait rakaman perbualan aib dengan wanita
Polis siasat kes anggotanya dikait rakaman perbualan aib dengan wanita
KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berhubung rakaman perbualan didakwa mengaibkan seorang wanita, membabitkan seorang anggota polis, akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam masa terdekat.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata pihaknya kini dalam proses melengkapkan siasatan sebelum dihantar untuk tindakan lanjut.
“Siasatan tatatertib terhadap suspek juga sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Susulan itu, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad, dilaporkan berkata, siasatan tatatertib sudah dibuka terhadap anggota berkenaan.
Beliau dipetik sebagai berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai atau penyelia sekiranya aduan itu didapati berasas.
Beliau berkata, anggota polis terbabit turut diturunkan daripada sebarang penugasan bagi membolehkan siasatan dalaman dijalankan tanpa sebarang gangguan.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Polis siasat kes anggotanya dikait rakaman perbualan aib dengan wanita
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
You must be logged in to post a comment.