Penstriman haram punca Itali gagal lahirkan bakat

Penstriman haram punca Itali gagal lahirkan bakat

Penstriman haram punca Itali gagal lahirkan bakat
AKSI Serie A antara Atalanta dan Parma. FOTO AFP

Milan: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)Serie A, Luigi De Siervo, menegaskan penstriman haram dan kehilangan hasil hak siaran menjadi antara punca utama kemerosotan bola sepak Itali, termasuk kegagalan skuad Azzurri melahirkan bakat muda berkualiti.

Pasukan yang pernah dianggap gergasi bola sepak dunia itu kini berada dalam situasi genting selepas gagal layak ke dua edisi terakhir Piala Dunia dan berisiko terlepas sekali lagi selepas tewas dalam aksi kelayakan pertama menentang Norway.

“Ramai bertanya kenapa skuad kebangsaan kita dalam keadaan begini dan mengapa kurangnya bakat muda. Salah satu sebabnya adalah kerugian akibat cetak rompak digital,” kata De Siervo dalam satu acara berkaitan usaha membanteras cetak rompak.

Menurut beliau, Serie A kehilangan sekitar €300 juta (RM1.73 bilion) pada tahun lalu akibat cetak rompak, jumlah besar yang sepatutnya boleh digunakan untuk melabur dalam pembangunan akar umbi dan fasiliti kelab.

“Hasil hak penyiaran adalah sumber utama pendapatan kelab-kelab Serie A. Apabila ia bocor, pelaburan dalam skuad belia dan infrastruktur turut terjejas, sekali gus menjejaskan masa depan bola sepak kita.”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Game Over Kepada Ahmad Terrirudin


Tambahnya lagi, fasiliti lapuk di Itali juga menyumbang kepada kurangnya daya tarikan dan nilai komersial kelab, berbanding liga utama lain.

“Jika situasi ini berterusan, Serie A bukan saja akan terus ketinggalan di belakang Liga Perdana Inggeris dan La Liga, malah boleh dipintas Bundesliga dan Ligue 1 dalam ranking Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA).”

Itali, yang kali terakhir layak ke Piala Dunia pada 2014, kini berdepan tekanan untuk membaiki prestasi di pentas antarabangsa, dengan perubahan struktur dan undang-undang berkaitan cetak rompak dianggap langkah penting ke arah pemulihan.

Penstriman haram punca Itali gagal lahirkan bakat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker