Kelab Amerika Selatan belum mampu akhiri dominasi Eropah

Kelab Amerika Selatan belum mampu akhiri dominasi Eropah

Kelab Amerika Selatan belum mampu akhiri dominasi Eropah
PERLAWANAN di antara Palmeiras menentang Porto. FOTO AFP

Philadelphia: Aksi penuh semangat ditampilkan Fluminense, Palmeiras dan Boca Juniors pada hari-hari awal saingan Piala Dunia Kelab versi baharu di Amerika Syarikat, namun dominasi Eropah ke atas kelab Amerika Selatan terus kebal, sudah menjangkau 13 tahun tanpa kekalahan.

Fluminense mendominasi perlawanan menentang Borussia Dortmund tetapi terpaksa akur dengan keputusan seri tanpa jaringan, hasil aksi cemerlang penjaga gol Switzerland, Gregor Kobel.

Palmeiras turut menguasai permainan ketika menentang Porto, namun perlawanan berakhir 0-0, manakala Boca Juniors hampir menamatkan rentetan kebal Eropah apabila mendahului Benfica 2-0 sebelum kelab Portugal itu bangkit menyamakan kedudukan 2-2.

Keputusan-keputusan ini menggariskan betapa sukar kelab Amerika Selatan untuk menamatkan rentetan 33 perlawanan tanpa kalah kelab Eropah dalam saingan Piala Dunia Kelab, sejak kemenangan Corinthians ke atas Chelsea pada final 2012.

Dulu, kelab-kelab benua selatan ini sering mencipta sejarah dalam Piala Antara Benua, permulaan kepada Piala Dunia Kelab, termasuk Penarol membenam Real Madrid 4-0 (1966), Santos menewaskan AC Milan (1963), Flamengo menundukkan Liverpool 3-0 (1981), dan Sao Paulo menjinakkan gergasi Barcelona dan Milan pada awal 1990-an.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Game Over Kepada Ahmad Terrirudin


Saingan antara dua benua ini pernah mencetuskan insiden panas seperti pertembungan kasar Racing Club dan Celtic (1967) serta aksi penuh provokasi antara Estudiantes dan Manchester United (1968).

Malah, tiga pemain Estudiantes ditahan selepas perlawanan menentang AC Milan di La Bombonera pada 1969.

Sejak menjadi perlawanan tunggal mulai 1980, saingan kekal sengit.

Namun, landskap berubah drastik selepas peraturan Bosman 1995 membenarkan kelab Eropah menyenaraikan pemain EU tanpa had, meningkatkan kuasa kewangan dan kekuatan kompetitif mereka.

Sebaliknya, kelab Amerika Selatan semakin kehilangan bakat muda ke Eropah pada usia awal, menyaksikan jurang keupayaan semakin melebar.

Sebelum peraturan Bosman, kelab Amerika Selatan mendahului 20-14 dalam pertemuan akhir.

Kini, Eropah menang 16 daripada 17 final terakhir.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993


Piala Dunia Kelab versi baharu menyaksikan 32 kelab bersaing, termasuk 12 dari Eropah dan enam dari Amerika Selatan, menawarkan pentas sebenar buat pertemuan lintas benua.

“Pasukan Brazil sentiasa kuat dari segi teknikal. Ia bukan mudah menentang mereka,” kata penyerang Manchester City, Bernardo Silva.

“Malah secara fizikal mereka lebih bersedia kerana liga mereka sedang berjalan. Cuaca di sini juga lebih menyebelahi mereka. Perincian kecil mungkin jadi penentu kejayaan.”

Lima lagi aksi pertembungan benua menanti dalam saingan peringkat kumpulan, termasuk aksi dinanti antara juara Copa Libertadores, Botafogo dan juara Liga Juara-Juara Eropah, Paris Saint-Germain hari ini.

Sementara itu, pendahulu liga Brazil, Flamengo, membuka langkah dengan kemenangan 2-0 ke atas Esperance de Tunis dan bakal bertemu Chelsea pada Sabtu, satu lagi ujian getir buat kelab Amerika Selatan yang ingin kembali mencabar dominasi Eropah.

Kelab Amerika Selatan belum mampu akhiri dominasi Eropah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker