Jangan kacau, biar pemain warisan terus beraksi di luar negara – Zulakbal

Jangan kacau, biar pemain warisan terus beraksi di luar negara – Zulakbal

Jangan kacau, biar pemain warisan terus beraksi di luar negara - Zulakbal
HEVEL (kiri) dan Irazabal dikatakan bakal beraksi di Liga Super musim depan. FOTO AHMAD UKASYAH

Kuala Lumpur: “Janganlah kacau mereka, biarlah mereka kekal di luar negara untuk pastikan prestasi semasa pemain di tahap tertinggi.”

Demikian pandangan pemerhati bola sepak tempatan, Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim yang berharap agar kelab Liga Malaysia (Liga M) tidak memancing mana-mana tonggak warisan baharu negara untuk beraksi di liga domestik.

Jelas Zulakbal yang Tenaga Pengajar Elit Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), kehadiran beberapa tonggak baharu berdarah warisan sejak awal tahun ini perlu diraikan dan diberi sokongan penuh untuk memastikan agenda revolusi benar-benar berjaya.

Namun, katanya, pemain berkenaan perlu kekal beraksi di tahap tertinggi dengan bermain di luar negara bagi meningkatkan lagi kualiti masing-masing.

“Tetapi apabila ada pihak yang cuba nak bawa balik dan main di Liga M, saya bimbang prestasi mereka akan menurun kerana kita perlu akur bahawa tahap liga kita tidak sama dengan luar.

“Mereka perlu kekal di luar dan kita jangan ganggu mereka. Ia benar pemain ada pilihan sendiri dan kita tak boleh sekat pilihan mereka, tapi janganlah kita pula pergi tawarkan tempat buat mereka,” katanya kepada Arena Metro.

Terdahulu, skuad Harimau Malaya membawa masuk lima tonggak baharu berdarah warisan membabitkan Rodrigo Holgado, Joao Figueiredo, Imanol Machuca, Jon Irazabal dan Facundo Garces.

Sebelum itu, Hector Hevel dan Gabriel Palmero turut direkrut pada Mac lalu untuk menjadikan keseluruhan tujuh pemain berdarah warisan dibawa masuk sejak revolusi Harimau Malaya diperkenalkan.

Begitupun, dikhabarkan Hevel dan Irazabal akan menyertai Liga M dengan masing-masing dikatakan menarik minat kelab tempatan yang berpengkalan di Selatan dan Borneo tanah air.

Jangan kacau, biar pemain warisan terus beraksi di luar negara – Zulakbal

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker