Individu didakwa bersama 2 ADUN Sabah tidak dilindungi Akta Pemberi Maklumat – SPRM
Individu didakwa bersama 2 ADUN Sabah tidak dilindungi Akta Pemberi Maklumat – SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan individu yang akan didakwa bersama dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah berhubung skandal rasuah lesen cari gali di negeri itu, tidak dilindungi mengikut Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.
Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, berkata Seksyen 11(1) Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 menjelaskan bahawa seseorang yang terbabit dalam kesalahan yang didedahkannya tidak layak memohon perlindungan pemberi maklumat atau ‘whistleblower’.
“Kita rujuk kepada undang-undang mengikut Akta Perlindungan Pemberi Maklumat, iaitu jika seseorang itu melakukan sesuatu kesalahan, dia tidak dilindungi mengikut akta ini, maknanya dia bukan ‘whistleblower’,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Wan Shaharuddin berkata, bagi mendapatkan perlindungan pemberi maklumat, individu berkenaan perlu memenuhi beberapa syarat iaitu laporan mesti dibuat kepada agensi penguatkuasaan yang sah seperti SPRM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau agensi kerajaan lain yang berkaitan.
Selain itu, laporan tersebut perlu dibuat dengan niat baik dan bukannya atas tujuan jahat seperti membalas dendam atau menfitnah, katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
“Satu lagi syarat penting ialah pemberi maklumat tidak boleh terbabit dalam kesalahan yang dilaporkan mengikut Seksyen 11(1) Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 yang jelas menyatakan bahawa perlindungan boleh dibatalkan jika pemberi maklumat tersebut didapati turut terbabit dalam salah laku yang didedahkan.
“Ini bagi memastikan integriti pemberi maklumat dan mengelakkan mereka daripada menggunakan status perlindungan sebagai “perisai” untuk melindungi diri mereka sendiri,” katanya.
Terdahulu, peguam kepada individu terbabit mendakwa anak guamnya sebagai pemberi maklumat telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes terbabit sebelum dimaklumkan akan didakwa di mahkamah pada 30 Jun ini.
Sebelum ini, tular beberapa rakaman video yang didakwa perbualan berkaitan rasuah antara individu tertentu dan beberapa wakil rakyat Sabah berhubung isu perlombongan mineral di negeri itu.
Dalam sidang media di Kota Kinabalu pula, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata dua ADUN Sabah dan seorang lagi individu dijangka dihadapkan ke mahkamah bulan ini berhubung skandal rasuah berkenaan. – BERNAMA
Individu didakwa bersama 2 ADUN Sabah tidak dilindungi Akta Pemberi Maklumat – SPRM
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
You must be logged in to post a comment.