Gagal ujian doping, Mudryk berdepan penggantungan empat tahun
Gagal ujian doping, Mudryk berdepan penggantungan empat tahun

London: Penyerang Chelsea, Mykhailo Mudryk, didakwa melanggar peraturan antidoping selepas sampel air kencing yang diambil tahun lalu menunjukkan kehadiran bahan terlarang, menurut kenyataan Persatuan Bola Sepak England (FA), hari ini.
Pemain antarabangsa Ukraine itu mendedahkan pada Disember lalu bahawa ujian doping rutin mendapati kehadiran bahan yang dilarang, sesuatu yang dianggapnya sebagai ‘kejutan besar’ kerana mendakwa tidak pernah mengambil sebarang bahan terlarang secara sedar.
Pemain berusia 24 tahun itu, yang menyertai Chelsea dari Shakhtar Donetsk pada Januari 2023 dengan nilai perpindahan awal £62 juta (RM376 juta), digantung sementara dan tidak lagi diturunkan sejak itu.
“Kami mengesahkan bahawa Mykhailo Mudryk didakwa atas pelanggaran Peraturan Antidoping yang membabitkan kehadiran dan/atau penggunaan bahan terlarang, menurut Peraturan 3 dan 4 FA,” kata jurucakap FA kepada Reuters.
“Kes ini masih berjalan, maka tiada komen lanjut dapat diberikan buat masa ini.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
Peraturan berkenaan merangkumi kesalahan membabitkan kehadiran bahan terlarang atau metabolitnya, serta penggunaan atau cubaan penggunaan bahan atau kaedah yang dilarang.
Sekiranya Mudryk gagal membuktikan bahawa pelanggaran itu tidak disengajakan, dia berisiko dikenakan penggantungan selama empat tahun daripada sebarang aktiviti bola sepak.
Setakat ini, pihak Chelsea belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan terhadap pemain mereka itu.
Gagal ujian doping, Mudryk berdepan penggantungan empat tahun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
You must be logged in to post a comment.