Fizo Omar Syukur Akhirnya Dapat ‘Baby Boy’
Fizo Omar Syukur Akhirnya Dapat ‘Baby Boy’
Isteri kepada pelakon, Fizo Omar iaitu Fazeera Nazrin selamat melahirkan cahaya mata ketiga di sebuah pusat perubatan pada petang Selasa.
Baby boy

Menerusi hantaran di Instagram, Fizo atau nama lengkap Wan Hafizol Wan Omar, 40, berkata, isterinya selamat melahirkan bayi seberat 3.52 kilogram itu secara normal.
It’s a boy, alhamdulillah. Semalam (Selasa) pada jam 5.19 petang, 17 Jun 2025, isteri saya telah selamat bersalin secara normal.
Alhamdulillah semuanya dipermudahkan proses kelahiran bayi lelaki seberat 3.52kg. Satu momen yang sangat berharga buat saya sebagai ayah apabila sekali lagi diberi peluang menyambut kelahiran sendiri daripada rahim ibunya.
Dalam pada itu, Fizo tidak dapat menggambarkan perasaannya yang bercampur baur apabila menyambut insan baharu dalam keluarga.
Satu perasaan yang amat sukar untuk saya gambarkan. Perasaan teruja, sedih, hiba dan bangga. Semuanya bercampur baur saat melihat zuriat sendiri dilahirkan.
Syukur rezeki daripada Allah, tiga perempuan dan seorang lelaki. Rezeki kebahagiaan yang melimpah ruah.
Sementara itu, pelakon drama Musang Berjanggut mengucapkan terima kasih kepada isterinya di atas pengorbanan yang dilakukan.
Kredit itu untuk wanita hebat, isteri tercinta yang banyak berkorban menjaga anak-anak dalam keadaan sarat mengandung dan dalam masa sama sambung pelajaran di peringkat Master di UKM.
Semoga doa berterusan daripada semua, beri keberkatan dalam rumah tangga kami dan dikurniakan anak yang soleh dan solehah.
Untuk rekod Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada Oktober 2021. Mereka memiliki dua roang cahaya mata bersama iaitu Wan Khaleeda, 3, dan Wan Umaira, 2 tahun.
Fizo juga memiliki seorang lagi anak perempuan iaitu Wan Mariam, 8, hasil perkahwinan terdahulu.
Sumber: Instagram
Fizo Omar Syukur Akhirnya Dapat ‘Baby Boy’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
You must be logged in to post a comment.