Difitnah Pelbagai Tuduhan Tak Masuk Akal, Azharina Buat Laporan Polis
Difitnah Pelbagai Tuduhan Tak Masuk Akal, Azharina Buat Laporan Polis
Penyanyi tersohor, Azharina Azhar menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas yang dimuat naik oleh sebuah saluran YouTube baru-baru ini yang mendakwa kononnya dirinya berdepan kejatuhan hidup selepas mendapatkan rawatan daripada bomoh di Thailand.
Individu lempar fitnah terhadap Azharina

Ketika dihubungi OhBulan!, Azharina atau nama lengkapnya Azharina Azhar berkata, dia menerima maklumat mengenai kewujudan video berkenaan pada pagi Isnin ketika berada di rumah rakannya di ibu negara, sebelum meneliti kandungan yang dimuat naik oleh saluran bernama Kesedihan Yang Mendalam pada 13 Jun lalu.
Video berdurasi hampir 28 minit itu bukan sahaja menyentuh isu peribadi tanpa bukti, malah turut menyebarkan fitnah yang dianggap melampau, keterlaluan dan berunsur jahat terhadap dirinya serta keluarga.
Antara dakwaan yang dinyatakan dalam video tersebut termasuk tuduhan kononnya Azharina telah mendapatkan rawatan daripada bomoh di Thailand, mengasingkan diri daripada masyarakat selepas rawatan itu dan lebih mengejutkan apabila saluran itu turut mendakwa bahawa ibu kandungnya telah meninggal dunia akibat penyakit lama.
Tidak cukup dengan itu, video terbabit juga menggambarkan seolah-olah kehidupan Azharina kini semakin muram dan sunyi selepas ‘melarikan diri’ daripada dunia seni dan kerjaya sebagai penyanyi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
Saya menafikan sepenuhnya semua dakwaan palsu dan tidak berasas ini. Kandungan yang disebarkan bukan sahaja bersifat fitnah, malah direka-reka dengan niat untuk memburukkan nama baik saya dan keluarga.
Ini merupakan satu bentuk serangan ke atas keperibadian saya sebagai wanita, ibu, anak serta sebagai figura awam dalam industri hiburan tanah air.
‘Saya amat terkilan dan marah’

Tambah Azharina, dia berasa sangat bengang apabila gambar anak sulungnya turut digunakan di dalam video berkenaan.
Saya amat terkilan dan marah apabila gambar anak saya, Rahmat, digunakan dalam video itu.
Ini melampaui batas. Mereka bukan sahaja menyerang saya, malah cuba menyeret anak saya yang tidak bersalah ke dalam kancah fitnah ini. Sebagai seorang ibu, saya tidak akan berdiam diri.
Azharina turut menegaskan bahawa penyebaran berita palsu seperti ini bukan sahaja mampu mengganggu ketenteraman emosi, malah boleh memberi kesan buruk kepada reputasinya yang selama ini dibina dengan susah payah.
Susulan daripada penyebaran video berkenaan, penyanyi kelahiran Sabah itu telah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Jalil bagi memulakan siasatan terhadap saluran terbabit.
Saya berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan secara menyeluruh terhadap video dan pemilik saluran tersebut. Tindakan undang-undang akan saya ambil demi melindungi maruah diri serta keluarga,
Azharina turut menyeru orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan kandungan medi sosial yang bersifat sensasi dan tidak disahkan kesahihannya, terutama sekali apabila melibatkan aib dan kehormatan individu.
Difitnah Pelbagai Tuduhan Tak Masuk Akal, Azharina Buat Laporan Polis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
You must be logged in to post a comment.