Che Ta Tempelak Isteri Yang Salahkan Penyondol 100%
“Suami Sendiri Buaya Lapar”
Che Ta Tempelak Isteri Yang Salahkan Penyondol 100%
Pelakon terkenal Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta tampil menyuarakan pendapat berani mengenai isu kecurangan dalam rumah tangga. Menerusi sebuah video di TikTok, Che Ta, 52, menegaskan bahawa dalam kes suami berlaku curang, wanita tidak seharusnya meletakkan sepenuh kesalahan kepada pihak ketiga semata-mata, khususnya kaum wanita lain.
Che Ta turut mengingatkan bahawa kemarahan terhadap kecurangan tidak wajar disalurkan dengan cara membuka aib wanita lain, kerana menurutnya, lelaki tetap merupakan pelaku utama yang perlu bertanggungjawab atas perbuatannya. Katanya lagi, “Selalunya kita memang akan salahkan orang perempuan juga sedangkan yang paling bersalah nombor satu ialah lelaki. Jadi, orang perempuan jangan terus salahkan dan buka aib perempuan lain.”

Sebelum ini, Che Ta juga pernah berkongsi pandangannya bahawa jika berlaku kecurangan, kedua-dua pihak, baik lelaki mahupun wanita yang terlibat, sepatutnya sama-sama dipertanggungjawabkan dan tidak ada seorang pun yang layak dilepaskan daripada kesalahan hanya kerana status mereka sebagai orang luar. Bagi Che Ta, kesalahan tetap kesalahan, dan ia perlu diadili dengan adil, bukan dengan emosi semata-mata.
Che Ta Tempelak Isteri Yang Salahkan Penyondol 100%
Che Ta Tempelak Isteri Yang Salahkan Penyondol 100%
You must be logged in to post a comment.