Annuar gesa bekas pemain KDN FC bersabar mengenai tunggakan gaji
Annuar gesa bekas pemain KDN FC bersabar mengenai tunggakan gaji

Kuala Lumpur: Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menggesa agar bekas pemain pasukan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) bersabar dan beliau percaya tunggakan gaji akan diselesaikan.
Katanya, pengurusan baharu KDN FC sedang berusaha menyelesaikan tunggakan selepas penstrukturan baharu dibuat oleh kelab itu.
“Tahniah kepada KDN FC kerana selesai penstrukturan baru dengan Skt Kijang Handal Sdn Bhd mengambil alih saham majoriti dan pengurusan baru.
“Ini bermakna KDN diberi nafas baru dan dengan itu ada harapan untuk menyelesaikan tunggakan lama bila pasukan masih dapat terus beraksi.
“Semua pihak perlu sabar dan bekerjasama. Ia bukan mudah, malah sesetengah pasukan memilih untuk “menutup kedai”,” katanya yang kini membantu secara sukarela bersama KDN FC.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
Menerusi laporan Arena Metro sebelum ini, pemain KDN FC memberi tempoh seminggu kepada pengurusan dan tidak menolak kemungkinan akan membongkarkan segala pekung pasukan dalam satu sidang media Sabtu ini, jika tiada perbincangan dilakukan.
Difahamkan, skuad Kijang Emas itu masih belum menyelesaikan tunggakan pemain membabitkan dua hingga tiga bulan.
Dalam perkembangan lain, Annuar menjelaskan KDN FC perlu merekrut sekurang-kurangnya 10 pemain import baharu untuk mengharungi saingan Liga Super 2025/2026 yang dijadual berlangsung Ogos ini.
“KDN perlu berani melabur untuk membentuk satu pasukan yang kompetitif.
“Dua atau tiga pemain kebangsaan negara Asean dan sekurang-kurangnya dua pemain Asia perlu diikat segera memandang KDN ketiadaan pemain lokal yang benar-benar berkaliber tinggi.
“Sekurang-kurangnya 10 pemain impot dijangka membarisi KDN 2025. Dengan jurulatih yang berpengalaman, Stadium Sultan Muhammad ke IV bakal bergegar kembali,” katanya menerusi media Facebook miliknya.
Annuar gesa bekas pemain KDN FC bersabar mengenai tunggakan gaji
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
You must be logged in to post a comment.