Ajal rempuh treler buat pusingan U

Ajal rempuh treler buat pusingan U

Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh treler yang membuat pusingan U di Jalan Persiaran Ros, Bukit Sentosa, petang semalam. - Foto ihsan Polis
Ajal rempuh treler buat pusingan U

HULU SELANGOR: Seorang lelaki menemui ajal sejurus merempuh treler yang membuat pusingan U di Jalan Persiaran Ros, Bukit Sentosa, di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian jam 4 petang.

“Siasatan mendapati treler yang dipandu lelaki berusia 59 tahun dari Klang ke Bukit Sentosa, mahu mengambil muatan.

“Setibanya di lokasi, kenderaan berat itu yang berada di lorong kiri mahu membuat pusingan U. Tiba-tiba, motosikal mangsa di lorong kanan arah sama tidak sempat mengelak lalu melanggar sisi kanan treler,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Asri berkata, akibat nahas itu penunggang motosikal berusia 57 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Game Over Kepada Ahmad Terrirudin


Beliau berkata mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan,” katanya.

Ajal rempuh treler buat pusingan U

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker