6 wakil NGO desak PDRM siasat dakwaan kenyataan Yusoff Rawther sokong Israel

6 wakil NGO desak PDRM siasat dakwaan kenyataan Yusoff Rawther sokong Israel

6 wakil NGO desak PDRM siasat dakwaan kenyataan Yusoff Rawther sokong Israel
Sidang media wakil NGO mendesak PDRM menyiasat dakwaan kemungkinan Yusoff Rawther sebagai proksi atau ejen kepada agensi perisikan Israel, Mossad.

KUALA LUMPUR: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat dakwaan kemungkinan Muhammad Yusoff Rawther sebagai proksi atau ejen kepada agensi perisikan Israel, Mossad.

Gesaan itu dibuat susulan kenyataan terbuka Yusoff pada 2017 yang menyokong kewujudan negara Israel dan menolak hak negara-negara Arab ke atas Baitulmaqdis.

Kenyataan dibuatnya itu masih boleh diakses dan dibaca secara umum di portal media antarabangsa Israel sehingga hari ini.

Ahli Sekretariat Nadi Gemilang Amal, Dzul Hilmi Zainol berkata, kenyataan itu bukan sahaja bercanggah pendirian rasmi Malaysia, malah membuka ruang terhadap kemungkinan pengaruh asing dalam negara.

“Kami hadir untuk membuat laporan polis dan mendesak siasatan terhadap Yusoff Rawther.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Game Over Kepada Ahmad Terrirudin


“Adakah beliau sebenarnya ejen Mossad yang menyusup masuk ke dalam masyarakat Malaysia dengan membawa agenda asing?

“Negara itu (Israel) tidak pernah kita iktiraf, malah ditolak keras oleh majoriti rakyat Malaysia atas jenayah kemanusiaan yang dilakukannya terhadap rakyat Palestin,” katanya pada sidang media sebelum membuat laporan polis di IPD Dang Wangi di sini, hari ini.

Dzul Hilmi berkata, kenyataan Yusoff bukan sahaja berbahaya, malah memperlihat kemungkinan wujudnya jaringan sokongan terhadap rejim Zionis dalam kalangan rakyat tempatan.

“Lebih mengejutkan apabila masih ada pemimpin politik dan peguam tempatan yang tampil membela beliau.

“Situasi ini seolah-olah kenyataan itu tidak menjadi satu masalah besar,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993


Sementara itu peguam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang hadir, Asheeq Ali Sethi Alivi menasihati Yusoff tidak membiarkan dirinya dipergunakan oleh kuasa luar.

“Kalau benar apa yang diperjuangkan anda, berdiri atas kaki sendiri. Jangan jadi alat sesiapa, apatah lagi kepada negara yang menindas dan membunuh rakyat Palestin. Itu sahaja nasihat saya,” katanya.

Enam wakil NGO yang berbeza hadir bagi membuat laporan polis terhadap Yusoff.

Mereka menegaskan, laporan polis itu bukan bermotifkan fitnah, sebaliknya dibuat demi mempertahan kedaulatan negara serta sensitiviti rakyat Malaysia yang selama ini berdiri teguh bersama Palestin.

“Sekiranya benar Yusoff bertindak sebagai ejen atau proksi Israel, kita tidak boleh berdiam diri. PDRM perlu bertindak segera,” kata mereka.

6 wakil NGO desak PDRM siasat dakwaan kenyataan Yusoff Rawther sokong Israel

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker