2 lelaki maut ditembak: Polis masih buru suspek, 18 dirakam keterangan
2 lelaki maut ditembak: Polis masih buru suspek, 18 dirakam keterangan

KUALA LUMPUR: Polis sedang giat memburu suspek dalam kejadian tembakan yang mengorbankan dua lelaki di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Loke Yew, Cheras, tengah malam kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Ridzuan Khalid, berkata siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti pelaku yang terbabit dalam serangan bersenjata itu.
“Setakat ini, suspek belum dikenal pasti dan siasatan masih diteruskan oleh pasukan penyiasat.
“Seramai 18 individu sudah dirakam percakapan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah malam itu, dua lelaki berusia lingkungan 40-an maut ditembak sekumpulan suspek di hadapan lobi kompleks beli-belah berkenaan ketika sedang menuju ke arah kereta mereka.
Saksi memaklumkan, kumpulan lelaki itu tiba-tiba berlari ke arah mangsa sebelum melepaskan beberapa das tembakan dari jarak dekat, menyebabkan kedua-duanya rebah berlumuran darah.
Suspek kemudiannya melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Perodua Alza.
Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat ditembak di bahagian badan dan kepala.
Difahamkan, kedua-dua mangsa berasal dari Sibu, Sarawak, dan dipercayai terbabit dalam aktiviti jenayah rentas negeri.
Namun motif sebenar kejadian masih dalam siasatan pihak polis.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
2 lelaki maut ditembak: Polis masih buru suspek, 18 dirakam keterangan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
You must be logged in to post a comment.