Suami isteri maut, tiga anak parah
Suami isteri maut, tiga anak parah

PEKAN: Pasangan suami isteri maut, manakala tiga anak mereka parah selepas kereta dinaiki terbabas dan bertembung dengan lori di Jalan Kuantan – Segamat dekat Kampung Batu Lapan, Lepar, di sini, malam tadi.
Mangsa korban ialah pemandu kereta, Jamal Azizul Samat 44, dan isteri Lizawati Abdullah, 41, berasal dari Felda Chini Timur 1, di sini.
Menurutnya, kereta dipandu Jamal Azizul dipercayai hilang kawalan ketika memotong sebuah kenderaan lalu terbabas ke laluan kanan dan bertembung dengan lori dari arah bertentangan.
Sepasang suami isteri terbunuh manakala tiga anak mereka berusia antara 5 dan 16 tahun parah selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan lori di Jalan Kuantan -Segamat, dekat Kampung Lepar Banjir, Pakan malam tadi. – Foto ihsan JBPM
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
Sepasang suami isteri terbunuh manakala tiga anak mereka berusia antara 5 dan 16 tahun parah selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan lori di Jalan Kuantan -Segamat, dekat Kampung Lepar Banjir, Pakan malam tadi. – Foto ihsan JBPM
Katanya, akibat kemalangan itu Jamal Azizul dan isteri tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan penumpang depan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Tiga anak pasangan terbabit berusia antara 6 dan 17 tahun parah dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan, untuk rawatan lanjut.” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Mohd Zaidi berkata, pemandu lori berusia 31 tahun dan dua kelindan lori hanya cedera ringan.
Katanya, mayat pasangan suami isteri terbabit dihantar ke Hospital Pekan untuk proses bedah siasat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan menyebabkan kemalangan maut.
Suami isteri maut, tiga anak parah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
You must be logged in to post a comment.