‘Saya nampak tekong kibas api di badannya dan terus terjun laut, tetapi hilang…’
‘Saya nampak tekong kibas api di badannya dan terus terjun laut, tetapi hilang…’

PARIT BUNTAR: “Ketika enjin meletup, saya nampak tekong mengibas-ngibas api di badannya lalu terjun ke laut, selepas itu kelibatnya langsung tidak kelihatan,” kata Mohd Hariz Ahmad Radzi, 26, yang terselamat dalam kejadian bot nelayan terbakar semalam.
Kejadian itu mengorbankan tekong bot, Cheah Chai Pun,33, dan mayatnya yang terbakar ditemui terapung di kedudukan dua batu nautika dari lokasi kejadian pada jam 7.50 pagi tadi.
“Selepas tekong terjun, kami tidak melihat kelibatnya. Kami yang terapung di laut selama setengah jam, diselamatkan nelayan setempat yang berada di situ.
Mohd Hariz berkata, sehingga kini dia masih terngiang-ngiang pesanan Chai Pun sebelum turun ke laut supaya berhati-hati tidak terjatuh kerana keadaan laut bergelora.
Kakak mangsa, Pau Lime Cheah,41, berkata dia sempat melarang adiknya keluar ke laut kerana dia tidak sihat, namun mangsa tidak mengendahkannya.
Katanya, adiknya menjadi nelayan kira-kira lima tahun lalu selepas pulang dari Australia dan meninggalkan seorang balu serta dua anak berusia dua tahun dan tujuh bulan.
Sementara itu, Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Mohd Hairil Othman, berkata operasi mencari mangsa yang dimulakan semalam dan disambung pada jam 7 pagi ini, berjaya menemui mayat mangsa terapung pada jam 7.50 pagi pada kedudukan dua batu nautika dari lokasi kejadian.
“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kerian, Deputi Mohamad Izam Nahar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat.
‘Saya nampak tekong kibas api di badannya dan terus terjun laut, tetapi hilang…’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
You must be logged in to post a comment.