River Plate benam Urawa Reds

River Plate benam Urawa Reds

River Plate benam Urawa Reds
MEZA menanduk masuk gol ketiga River di Seattle. FOTO AFP

Seattle: River Plate menewaskan Urawa Red Diamonds 3-1, awal pagi tadi untuk memulakan kempen mereka dalam Kumpulan E Piala Dunia Kelab dengan langkah meyakinkan.

Pasukan dari Argentina itu mengatasi cabaran sengit wakil Jepun di Lumen Field di terik matahari Seattle, dalam satu perlawanan menghiburkan.

Kurang daripada 12,000 penonton hadir di stadium berkapasiti 69,000, dengan majoritinya dari Jepun dan Argentina sekali gus mencipta suasana meriah di kedua-dua hujung stadium.

“Terima kasih kepada semua penyokong River, kami tahu bukan mudah untuk datang sejauh ini, perjalanannya sangat jauh, tiada penerbangan terus,” kata penyerang Facundo Colidio yang membuka jaringan untuk River Plate.

“Namun mereka datang, mereka ada di sini dan sokongan mereka menakjubkan sepanjang perlawanan. Tempat ini memang mencabar, sangat jauh dari Argentina.”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Game Over Kepada Ahmad Terrirudin


Kesemua enam pasukan Amerika Selatan yang beraksi dalam edisi Piala Dunia Kelab setakat ini masih belum tewas.

River yang dikendalikan Marcelo Gallardo memulakan perlawanan dengan baik dan mendahului menerusi tandukan bertenaga Colidio hasil hantaran lintang bekas pertahanan Sevilla, Marcos Acuña.

Urawa Red Diamonds semakin menyesuaikan diri dalam permainan dan penjaga gol River, Franco Armani, terpaksa melakukan satu penyelamatan cemerlang daripada Yusuke Matsuo, walaupun pemain itu berada dalam kedudukan ofsaid.

Pemain baharu Real Madrid, Franco Mastantuono, hampir mencipta jaringan kedua untuk River, apabila pemain berusia 17 tahun itu melorongkan bola kepada Nacho Fernandez, namun rembatan pemain tengah itu sedikit tersasar.

Pemain muda Argentina itu, yang akan menyertai gergasi Sepanyol selepas kejohanan ini, agak tenggelam dalam perlawanan tersebut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993


Urawa menghadiahkan gol kedua kepada River di awal babak kedua apabila Marius Hoibraaten melakukan tandukan ke belakang yang lemah ke arah penjaga gol Shusaku Nishikawa, tanpa menyedari kehadiran Sebastian Driussi yang menyelinap dari belakang.

Driussi menanduk bola melepasi penjaga gol tetapi mengalami kecederaan sewaktu jatuh dan terpaksa dikeluarkan.

Matsuo kembali memberi harapan kepada Red Diamonds melalui sepakan penalti selepas terjahan tidak kemas Acuña ke atas Takuro Kaneko, menewaskan Armani yang tersalah arah.

Maximiliano Meza mengesahkan kemenangan River menerusi tandukan hasil sepakan sudut Acuña apabila dia dibiarkan tanpa kawalan.

“Malangnya kami tewas hari ini tetapi kami akan belajar banyak perkara dan membawanya ke perlawanan seterusnya,” kata Matsuo.

Jurulatih Urawa dari Poland, Maciej Skorza, tidak berpuas hati dengan kekalahan itu.

“Keputusan ini mengecewakan, apa lagi yang boleh saya katakan?” katanya.

“Kami telah bekerja keras, berusaha bersungguh-sungguh, dan permulaan perlawanan ini jauh dari apa yang kami harapkan.Separuh masa kedua lebih baik tetapi cara kami bolos sangat mudah.”

River Plate benam Urawa Reds

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah

River Plate menewaskan Urawa Red Diamonds 3-1, awal pagi tadi untuk memulakan kempen mereka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker