Polis serbu pusat hiburan warga Myanmar, 10 ditahan termasuk 5 gadis GRO
Polis serbu pusat hiburan warga Myanmar, 10 ditahan termasuk 5 gadis GRO

KUALA LUMPUR: Seramai lima gadis pelayan pelanggan (GRO) adalah antara 10 yang ditahan selepas polis menyerbu sebuah pusat hiburan tanpa lesen yang menjadi tumpuan warga Myanmar di Sri Hartamas, di sini, semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata serbuan menerusi Op Noda itu dijalankan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) bersama anggota daripada Balai Hartamas pada jam 11.15 malam.
“Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur menjalankan serbuan dan tangkapan di sebuah premis pusat hiburan disyaki beroperasi tanpa lesen sah.
“Mereka juga tidak mempunyai lesen perniagaan arak, menggaji pekerja asing, melanggar syarat permit dan gagal mengemukakan dokumen diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Rusdi berkata, premis terbabit turut menyediakan perkhidmatan GRO iaitu lima gadis Myanmar sebagai penarik pelanggan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
Katanya, pusat hiburan itu dipercayai beroperasi setiap hari bermula jam 7 petang hingga jam 7 pagi dan kebanyakan pengunjung adalah warga Myanmar.
“Seramai 10 individu ditahan semuanya warga Myanmar iaitu seorang lelaki dipercayai penjaga premis, empat pekerja lelaki dan lima wanita disyaki GRO.
“Semua tangkapan berusia lingkungan 22 hingga 35 tahun dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields bagi tindakan lanjut.
“Rampasan termasuk buku catatan jualan, pembesar suara, mikrofon, amplifier, televisyen dan enam botol minuman keras,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
Rusdi berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 55(B)(1) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/64, Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963, Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1992, dan Akta Eksais 1976.
Polis serbu pusat hiburan warga Myanmar, 10 ditahan termasuk 5 gadis GRO
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
You must be logged in to post a comment.