Gasperini sasar tiket UCL, akui Roma belum sedia rebut Scudetto

GASPERINI dikenali dengan sikap tegas dan mudah beremosi. FOTO AFP

Milan: Gian Piero Gasperini mengakui beliau tidak menjangkakan pasukan baharunya, AS Roma, mampu mencabar kejuaraan Serie A pada musim pertamanya selepas meninggalkan Atalanta, namun tidak menolak sebarang kemungkinan.

Pengendali berusia 67 tahun itu dilantik menggantikan Claudio Ranieri di bangku simpanan Roma dan meletakkan sasaran utama untuk layak ke Liga Juara-Juara (UCL), sesuatu yang tidak dicapai kelab itu sejak 2018.

“Pencapaian terbaik yang boleh kami sasar ketika ini adalah kelayakan ke UCL. Roma belum bersedia untuk menang Scudetto, tetapi dalam bola sepak, anda tidak tahu,” katanya pada sidang media.

Gasperini yang terkenal dengan gaya taktikal agresif dan pembangunan pemain muda, mencipta nama besar di Atalanta apabila mengubah kelab dari Bergamo itu menjadi antara kuasa besar Serie A, termasuk memenangi Liga Europa musim lalu.

Roma musim lalu sekadar menamatkan kempen di tempat kelima dan terlepas tiket ke UCL pada hari terakhir saingan.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Game Over Kepada Ahmad Terrirudin

Ranieri ketika itu kembali dari persaraan untuk menyelamatkan pasukan daripada zon penyingkiran.

Gasperini turut mengesahkan beliau menolak tawaran Juventus yang cuba memujuknya selepas gagal mendapatkan Antonio Conte dari Napoli.

Ranieri pula akan terus berperanan sebagai penasihat dalam struktur kelab bersama pemilik dari Amerika Syarikat, The Friedkin Group, sementara Pengarah Sukan Florent Ghisolfi akan digantikan.

“Kelab sedang menilai beberapa calon. Nama pengarah sukan baharu akan diumumkan dalam masa terdekat,” kata Ranieri.

Gasperini yang dikenali dengan sikap tegas dan mudah beremosi, sedar tekanan hebat bakal dihadapinya di ibu kota Itali dengan pengaruh besar media dan penyokong.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993

“Sejak tiba, ramai yang mengingatkan saya mengenai suasana di Roma yang dikatakan sukar dari pelbagai aspek. Tapi bagi saya, ini bukan kelemahan, ini kekuatan.

“Semangat, tekanan dan minat luar biasa peminat harus digunakan untuk capai matlamat bersama,” katanya.

Roma dijangka membuka kempen Serie A musim baharu dengan pertemuan menentang Bologna pada 24 Ogos, manakala aksi sulung tetangga menentang Lazio dijadualkan pada minggu keempat.

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker