Dua penunggang motosikal maut kemalangan
Dua penunggang motosikal maut kemalangan

JEMPOL: Dua penunggang motosikal maut selepas terbabit kemalangan tiga kenderaan di Kilometer 17, Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Norhisham Mustapar, berkata dalam kejadian kira-kira jam 8.58 malam itu, mangsa yang maut adalah pengawal keselamatan, Muhammad Zulhaidi Iqhwan Abdullah,26, dari FELDA Pasoh Tiga dan penjual roti warga Pakistan, Sher Zamin Khan ,44 dari Bahau.
“Kejadian itu menyebabkan mangsa hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum melanggar motosikal ditunggang Muhammad Zulhaidi yang datang dari arah bertentangan.
“Akibat kejadian ini, dua penunggang motosikal itu parah pada bahagian kepala dan kaki serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
Norhisham berkata, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan dan polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan.
Dua penunggang motosikal maut kemalangan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
You must be logged in to post a comment.