Coote didakwa FA kerana hina Klopp, dilarang aksi UEFA hingga 2026

Coote didakwa FA kerana hina Klopp, dilarang aksi UEFA hingga 2026

Coote didakwa FA kerana hina Klopp, dilarang aksi UEFA hingga 2026
COOTE sudah memohon maaf secara terbuka terhadap semua tindakan yang mencemarkan imej dirinya. FOTO AFP

London: Pengadil Liga Perdana Inggeris (EPL), David Coote, berdepan tindakan disiplin selepas didakwa oleh Persatuan Bola Sepak England (FA) berhubung komen menghina terhadap bekas pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, dalam satu video yang tular sejak tahun lalu.

Rakaman yang dipercayai berlaku pada Julai 2020 menunjukkan Coote menggunakan kata-kata kesat terhadap Klopp.

Ia mencetuskan siasatan penuh oleh badan pengadil bola sepak England, Lembaga Pegawai Perlawanan Profesional (PGMOL), yang kemudian menamatkan khidmat Coote selepas mendapati kedudukannya ‘tidak dapat dipertahankan’.

FA dalam kenyataannya memaklumkan: “Pengadil berkenaan didakwa bertindak secara tidak wajar dan/atau menggunakan kata-kata kesat serta menghina yang bertentangan dengan Peraturan FA E3.1.”

“Ia juga disifatkan sebagai Pelanggaran Berat (Aggravated Breach) di bawah Peraturan E3.2 kerana mengandungi rujukan, secara langsung atau tidak, terhadap kewarganegaraan.”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Game Over Kepada Ahmad Terrirudin


Peraturan E3 digunakan dalam kes salah laku yang menjatuhkan reputasi sukan bola sepak termasuk kenyataan menghina, mempersoalkan integriti pengadil atau tingkah laku tidak profesional.

Coote, 42, sebelum ini turut disiasat atas dakwaan mendedahkan niat untuk melayangkan kad kepada seorang pemain sehari sebelum perlawanan kepada rakannya, satu tuduhan yang dinafikannya.

FA mengesahkan tiada pertuduhan dikenakan berkaitan dakwaan salah laku perjudian selepas siasatan selesai.

Dalam perkembangan berkaitan, Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) menggantung Coote daripada sebarang tugasan pengadilan di peringkat Eropah sehingga Jun 2026.

Lebih memburukkan keadaan, akhbar The Sun turut mendedahkan satu lagi video tular yang memaparkan Coote kelihatan menghidu serbuk putih, dipercayai berlaku ketika beliau bertugas dalam kejohanan Euro 2024.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993


Coote sudah memohon maaf secara terbuka terhadap semua tindakan yang mencemarkan imej dirinya sebagai pegawai perlawanan profesional.

Coote didakwa FA kerana hina Klopp, dilarang aksi UEFA hingga 2026


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker