Ahli perniagaan rugi lebih RM700,000 diperdaya warga asing
Ahli perniagaan rugi lebih RM700,000 diperdaya warga asing
NILAI: Ahli perniagaan mengalami kerugian lebih RM700,000 selepas diperdaya untuk menjadi rakan niaga dalam talian dengan seorang wanita warga China sejak Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, mangsa diminta membuka kedai atas talian dan memindahkan wang kononnya bagi tujuan menaikkan penarafan (rating) kedai berkenaan.
“Kami terima satu aduan daripada seorang lelaki warga tempatan berusia lewat 30-an memaklumkan dia berkenalan dengan wanita berkenaan pada Mei lalu.
“Wanita itu kemudiannya memperkenalkan sebuah laman web bernama Yoox-Shooping.
“Suspek menawarkan kerjasama dalam urusan perniagaan dan meminta pengadu membuka sebuah kedai dalam talian di laman web berkenaan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
Katanya, pengadu dikatakan diminta membuat bayaran ke 10 akaun bank berbeza bagi tujuan menaikkan penarafan (rating) kedai atas talian miliknya.
“Bayaran dilakukan menerusi 27 transaksi berasingan, membabitkan jumlah keseluruhan sebanyak RM703,337.41.
“Pengadu hanya menyedari menjadi mangsa penipuan apabila wanita berkenaan sekali lagi meminta bayaran tambahan sebanyak RM300,000.
“Ia bagi membolehkan keuntungan hasil peningkatan penarafan kedai itu dikeluarkan,” katanya.
Ahli perniagaan rugi lebih RM700,000 diperdaya warga asing
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
You must be logged in to post a comment.