2 beranak mengaku curi barang pasar raya didenda RM2,000 seorang
2 beranak mengaku curi barang pasar raya didenda RM2,000 seorang

MUAR: Dia beranak didenda RM2,000 seorang selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan memiliki harta curi iaitu 33 jenis barang milik sebuah pasar raya, bulan lalu.
Majistret Suzana Mokhtar menjatuhkan hukuman itu terhadap Sanifah Kulang, 54, serta anak perempuannya, Intan Fazura Jaunes, 27, setelah mengambil kira pengakuan dibuat serta rayuan dikemukakan di mahkamah
Selain itu, mahkamah turut memerintah dua beranak itu dipenjara lima bulan jika gagal membayar denda. Mereka membayar denda berkenaan.
Mengikut pertuduhan pilihan, mereka bersama-sama dengan niat curang menyimpan harta curi milik pasar raya antaranya 14 peket pelembut kain, 10 botol minyak masak pelbagai jenama, tiga kampit beras, peluntur dan serbuk pencuci.
Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Parit Jawa, di sini pada jam 5.40 petang, 27 Mei lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
Oleh itu, dua beranak itu didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama dengan penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, salah seorang pekerja menyedari terdapat beberapa barangan dalam pasar raya terbabit hilang.
Hasil semakan melalui kamera litar tertutup (CCTV) di pasang di pasar raya itu menunjukkan dua beranak terbabit menolak keluar troli yang penuh dengan barang kepeluan tanpa membuat bayaran.
Siasatan mendapati, perbuatan itu dilakukan dengan ‘bantuan’ anaknya, Intan Fazura yang juga tertuduh pertama yang mana ketika itu bekerja sebagai juruwang di pasar raya terbabit.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Yasmin Mohd Piah manakala dua beranak itu diwakili peguam Sakinah Suhaimi daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
2 beranak mengaku curi barang pasar raya didenda RM2,000 seorang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
You must be logged in to post a comment.