Tunang pula meninggal dunia

Tunang pula meninggal dunia

Tunang pula meninggal dunia
Keadaan kereta yang remuk selepas terbabit kemalangan di di Kilometer 147 Jalan Kuantan-Seremban, dekat Simpang Melati, di Muadzam Shah, Rompin. – Foto JBPM

ROMPIN: Selepas lebih 10 jam dirawat kerana parah di kepala akibat kereta dinaiki dirempuh lori di Kilometer (KM) 147 Jalan Kuantan-Seremban di Simpang Melati dekat sini tengah hari semalam, tunang kepada pemandu kereta pula meninggal dunia.

Mangsa, Norafikaharanap Syafaruddin, 33, dari Jalan Bukit Ubi, Kuantan, menghembus nafas terakhir kira-kira 10.30 malam tadi, ketika dirawat di Hospital Muadzam Shah.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mandoi berkata berdasarkan laporan awal, mangsa parah di kepala.

“Kemalangan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan otak yang teruk dan berada dalam keadaan kritikal sebelum disahkan meninggal dunia malam tadi,” katanya dalam kenyataan.

Dalam kejadian 12.25 tengah hari semalam kereta dinaiki mangsa dan dipandu tunangnya, Muhamad Nasri Sulaiman, 32, dirempuh lori ketika membelok ke simpang kiri Jalan Kuantan – Seremban tanpa memberi laluan kepada kenderaan di laluan utama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Game Over Kepada Ahmad Terrirudin

Akibatnya, kereta itu dilanggar lori dalam perjalanan dari arah Bahau, Negeri Sembilan ke Muadzam Shah.

Muhamad Nasri meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori berusia 53 tahun tidak cedera.

Bedah siasat ke atas mayat Norafikaharanap akan dilakukan pagi ini di Hospital Muadzam Shah, manakala proses sama terhadap mayat tunangnya selesai dilakukan petang semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan menyebabkan kemalangan maut.

Tunang pula meninggal dunia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker