Isteri wakil rakyat lapor polis suami kahwin lain
Isteri wakil rakyat lapor polis suami kahwin lain

JAKARTA – Isteri kepada seorang anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPRK) Bener Meriah, wilayah Aceh membuat laporan polis selepas mendapat tahu bahawa suaminya berkahwin lain tanpa keizinannya, lapor laman berita Tribunnews hari ini.
Menurut wanita berkenaan, suaminya, FG, berkahwin lain secara diam-diam dan mengabaikan nafkah kepadanya.
Peguamnya, Fahrudin SH berkata, tindakan FG adalah satu jenayah perkahwinan sebagaimana termaktub dalam Undang-undang Nombor 1 Tahun 1946 tentang Kod Undang-Undang Indonesia.
“Hukuman bagi kesalahan tersebut adalah penjara maksimum lima tahun,” katanya.
Tambahnya, pernikahan FG berlangsung pada 2 Jun lalu dan berdasarkan bukti yang diterima, majlis resepsi diadakan pada 9 Jun 2025 secara meriah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
Menurutnya, tindakan FG ridak mencerminkan sikapnya sebagai wakil rakyat kerana telah mengabaikan isteri pertama.
“Jika dia mahu berpoligami, anak guam saya tidak pernah memberi keizinan,” kata Fahrudin.
Tambah Fahrudin, FG tidak memberi nafkah kepada anak guamnya, menyebabkan wanita itu memilih untuk menyelesaikan masalah tersebut mengikut undang-undang.
“Ini yang lebih menyakitkan. Sudahlah kahwin tanpa keizinan, nafkah pun sudah tidak diberi.
“Anak guam saya sangat kecewa dan memilih untuk menggunakan undang-undang untuk menyelesaikan isu ini,” jelasnya. – AGENSI
Isteri wakil rakyat lapor polis suami kahwin lain
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
You must be logged in to post a comment.