FIFA lega permulaan Piala Dunia Kelab meriah
FIFA lega permulaan Piala Dunia Kelab meriah

Miami: Piala Dunia Kelab yang diperluaskan bermula dengan kehadiran penonton yang memberangsangkan, ‘demam Messi’, dan suasana festival di Miami sekali gus melegakan badan bola sepak dunia FIFA selepas kebimbangan mengenai stadium kosong.
FIFA memberikan laluan istimewa kepada pasukan Lionel Messi, Inter Miami untuk menyertai kejohanan bagi memastikan bintang terbesar sukan itu akan hadir bagi menarik kehadiran penonton.
Seramai 61,000 penyokong memenuhi Stadium Hard Rock kelmarin untuk menyaksikan pemain Argentina itu dan rakan sepasukan menentang gergasi Mesir, Al-Ahly, dalam keputusan seri tanpa jaringan.
Satu lagi kehadiran memberangsangkan dicatat semalam untuk perlawanan antara Paris Saint-Germain dan Atletico Madrid, yang berakhir dengan kemenangan 4-0 memihak kepada juara Liga Juara-Juara itu.
Namun, kemenangan besar Bayern Munich 10-0 ke atas kelab separa profesional Auckland City menimbulkan kebimbangan tentang jurang kualiti ketara antara beberapa kelab yang bertanding.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
Namun, hujung minggu pembukaan secara keseluruhan memberikan apa yang diharapkan oleh FIFA iaitu kehadiran penonton yang meriah dan penyertaan global.
Penyokong dari Amerika Selatan, khususnya, menyerlahkan kehadiran mereka yang menyaksikan ebih 1,000 penyokong Boca Juniors berpakaian biru dan emas menghidupkan suasana di Miami Beach semalam menjelang perlawanan pembukaan mereka, menyanyikan lagu kelab dan mengibarkan bendera dalam suasana seakan pesta Piala Dunia.
“Ke mana sahaja kamu pergi, Boca pasti ada,” kata Gaston San Paul, seorang penyokong yang terbang dari Entre Rios, Argentina, kepada Reuters.
“Di mana sahaja kami berada, kami buat begini,” tambahnya, merujuk kepada acara “Banderazo” (pesta bendera), iaitu perhimpunan penyokong untuk menandakan kawasan menjelang perlawanan.
Perlawanan Boca dan Real Madrid antara yang mencatat jualan tiket tertinggi awal, menurut FIFA, yang menyatakan pasaran teratas selepas AS adalah Brazil, Argentina dan Mexico.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
Spekulasi mengenai stadium kosong buat masa ini tidak merisaukan, begitu juga kebimbangan mengenai kawasan Miami yang padat dengan komuniti imigran selepas beberapa serbuan imigresen persekutuan baru-baru ini.
Di tengah-tengah keterujaan hujung minggu pembukaan adalah Messi, yang kehadirannya melonjakkan profil Inter Miami dan menjamin kemewahan global untuk kejohanan ini.
Messi, yang menerima tepukan gemuruh sebelum sepak mula, gagal menjaringkan gol menentang Al-Ahly tetapi tetap mempamerkan detik-detik magis dalam aksi yang sengit.
FIFA bukan sahaja bergantung kepada kuasa bintang Messi tetapi juga pada strategi penyiaran baharu yang radikal.
Kejohanan ini distrim secara percuma ke seluruh dunia oleh DAZN dalam perjanjian bernilai AS$1 bilion (RM4.24 bilion).
Perjanjian itu hadir selepas SURJ Sports Investment dari Arab Saudi iaitu anak syarikat Dana Pelaburan Awam (PIF) negara itu memperoleh pegangan minoriti dalam DAZN dengan nilai dilaporkan sebanyak AS$1 bilion (RM4.24 bilion), satu lagi tanda pengaruh pelaburan Arab Saudi yang semakin meluas dalam sukan.
Perkongsian ini, salah satu pakej penyiaran terbesar dalam sejarah bola sepak, adalah teras kepada usaha FIFA untuk memaksimumkan penglibatan digital dan menjadikan Piala Dunia Kelab sebagai tontonan global menjelang Piala Dunia 2026 di Amerika Utara.
Hadiah wang tunai sebanyak AS$1 bilion (RM4.24 bilion) , dengan pemenang bakal membawa pulang AS$125 juta (RM530 juta), menjadi tarikan utama buat kelab Eropah.
“Ada banyak wang dipertaruhkan. Jika anda ada peluang untuk memperoleh wang yang banyak dalam satu kejohanan, anda patut ambil peluang itu,” kata legenda Bayern, Karl-Heinz Rummenigge, sebelum kejohanan.
Walaupun kehadiran penonton memberikan sebab untuk FIFA merasa gembira, perlawanan Bayern Munich menentang Auckland City tmencetuskan persoalan tentang keseimbangan kejohanan apabila juara Jerman itu membelasah lawan mereka 10-0.
Walaupun perlawanan berat sebelah itu berlaku di Cincinnati, suasana keseluruhan di kalangan penganjur tetap optimistik, dengan menyifatkan hujung minggu pembukaan sebagai satu kejayaan besar.
Namun, ramai penduduk Florida masih tidak menyedari satu kejohanan bola sepak bertaraf dunia sedang berlangsung di negeri mereka.
“Piala Dunia? Hoki ke?,” kata seorang pekerja restoran di Miami Beach. “Kejohanan ini baru, dan ia berbeza. Ini kali pertama kelab dan pemain dari seluruh dunia berpeluang bertemu dalam perlawanan kompetitif di pentas global,” kata FIFA, merujuk kepada format baharu yang melibatkan 32 kelab, berbanding tujuh dalam edisi sebelum ini.
Dengan perlawanan kumpulan masih berlangsung sepanjang minggu ini dan perlawanan pembukaan Boca menentang Benfica menarik satu lagi kehadiran besar di Miami hari ini, FIFA berharap dapat mengekalkan momentum awal dan mengelakkan lebih banyak perlawanan berat sebelah seperti berlaku di Cincinnati, memandangkan pasukan Eropah jelas berada pada tahap lebih tinggi berbanding wakil benua lain.
FIFA lega permulaan Piala Dunia Kelab meriah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
You must be logged in to post a comment.