Fattah Amin Hadiahkan Amira Othman Sejambak Bunga Tulip

Fattah Amin Hadiahkan Amira Othman Sejambak Bunga Tulip

Fattah Amin Hadiahkan Amira Othman Sejambak Bunga Tulip

Keakraban dan kemesraan antara dua selebriti popular, Fattah Amin dan Amira Othman terus menjadi bualan hangat warganet.

‘Semoga cepat sembuh teman sekerja’

Fattah Amin Hadiahkan Amira Othman Sejambak Bunga Tulip
Fattah Amin Hadiahkan Amira Othman Sejambak Bunga Tulip

Terbaharu, Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin, 34, mencuri perhatian ramai apabila menghadiahkan sejambak bunga tulip kepada Amira yang kini sedang dirawat di hospital akibat keracunan makanan.

Semoga cepat sembuh teman sekerja

Menerusi foto yang dimuat naik di Instagram, Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, 32, kelihatan sedang duduk di atas katil hospital sambil tersenyum manis memegang jambangan bunga pemberian Fattah.

Lebih mencuri perhatian, pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu turut menitipkan doa agar penyanyi lagu Bila Nak Kahwin? itu segera sembuh.

Perkongsian itu pantas mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya mempersoalkan status sebenar hubungan mereka berdua. Walaupun sebelum ini Fattah menyifatkan Amira hanya sebagai rakan sekerja, kemesraan yang ditunjukkan seakan-akan memberi petunjuk sebaliknya.

Ruangan komen turut dibanjiri dengan doa serta harapan agar pasangan ini disatukan ke jinjang pelamin dalam masa terdekat.

Kenapa kawan sekerja saya tak pernah pun wish dan post macam ni ek

Senyum bethul eh

Get well soon Kak Long, thank you Abang Long kasi bunga

Alamak…dah kenapa pulak. Rakan sekerja juga ni.

Get well soon my lovely Amira Othman, nanti manager kawan sekerja datang melawat ok

Ok buat-buat tak faham. Semoga cepat sembuh Amira

Dia post dalam IG dia wey..Bukan story, dalam IG. Special betul wish dari ‘teman sekerja ke teman sekerja’

Sumber: Instagram Fattah Amin

Fattah Amin Hadiahkan Amira Othman Sejambak Bunga Tulip

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker