Cemas lif hospital tiba-tiba berhenti

Cemas lif hospital tiba-tiba berhenti

Cemas lif hospital tiba-tiba berhenti
Mangsa-mangsa dibantu oleh kakitangan hospital yang memegang pintu lif supaya proses menyelamat berjalan dengan lancar. – Tangkap layar

JAKARTA – Sekumpulan wanita mengalami detik cemas apabila terperangkap di dalam lif hospital ketika mereka berhimpit beramai-ramai di dalam kemudahan itu, lapor laman berita Detik.

Kejadian berlaku di Hospital Daerah Syarifah Ambami Rato Ebu (Syamrabu) Bangkalan, wilayah Jawa Timur.

Dalam satu rakaman video tular, kira-kira 20 wanita dan kanak-kanak diselamatkan dalam kejadian itu.

Mereka dibantu oleh kakitangan hospital yang memegang pintu lif supaya proses menyelamat berjalan dengan lancar.

Pemangku Ketua Perancang Hospital Wilayah Syamrabu Bangkalan, Dr. Prima Nogroho berkata, video itu dikongsikan di laman sosial bagi memupuk kesedaran kepada orang ramai agar tidak menaiki lif dalam jumlah yang melebihi kapasiti.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Game Over Kepada Ahmad Terrirudin


Beliau bagaimanapun menafikan bahawa lif itu terjatuh.

“Ia hanya tersekat seketika kerana mempunyai penumpang melebihi had kapasiti, namun berjaya ditangani oleh petugas,” katanya.

Tambah Prima, lif itu hanya boleh dinaiki oleh enam orang namun ketika kejadian, ia mempunyai hingga 20 penumpang.

“Lif itu khas untuk pesakit, namun keluarga dan kakitangan hospital turut menaikinya. Ia membuatkan lif tersekat,” katanya. – AGENSI

Cemas lif hospital tiba-tiba berhenti


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker