Tatjana lakar sejarah, pemain paling berusia menang gelaran WTA

Tatjana lakar sejarah, pemain paling berusia menang gelaran WTA

Tatjana lakar sejarah, pemain paling berusia menang gelaran WTA
TATJANA hadiahkan kemenangan buat dua anaknya. -FOTO Reuters

London: Pemain kelayakan dari Jerman, Tatjana Maria menutup minggu yang luar biasa di London dengan penuh bergaya apabila menewaskan pilihan kelapan dari Amerika Syarikat, Amanda Anisimova 6-3, 6-4 sekali gus menjadi wanita pertama menjuarai kejohanan di Queen’s Club dalam tempoh lebih setengah abad.

Kemenangan itu menandakan berakhirnya tempoh sembilan hari yang luar biasa untuk ibu kepada dua anak itu, yang menduduki ranking ke-86 dunia, selepas mengejutkan pilihan kedua dan juara Terbuka Australia, Madison Keys di separuh akhir.

Pemain berusia 37 tahun itu kini menjadi pemain paling tua memenangi gelaran Jelajah WTA sejak Serena Williams meraih kejuaraan di Auckland pada tahun 2020.

Sepanjang laluannya ke kejuaraan, Tatjana hanya tewas satu set dan turut menewaskan pilihan keempat dari Kazakhstan, Elena Rybakina serta pilihan keenam dari Republik Czech, Karolina Muchova.

Tatjana nyata mendominasi perlawanan menentang Amanda dengan servis yang padu dan berjaya mencatat ‘break’ awal pada set pertama. Dia memenangi 12 mata berturut-turut untuk mendahului 4-1 sebelum mengekang kebangkitan Amanda dan menamatkan set dengan kemenangan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Game Over Kepada Ahmad Terrirudin

Tatjana meneruskan momentum ke set kedua dengan sekali lagi mendahului 4-1. Ace ketujuhnya dalam perlawanan itu membawanya ke kedudukan 5-3 sebelum mengesahkan kejuaraan dua permainan kemudian, menjadikannya kejuaraan pertama dalam tempoh lebih dua tahun.

“Ini satu mimpi yang menjadi kenyataan. (Sewaktu) saya tiba di sini, saya tidak pernah terfikir akan dapat menjulang trofi ini di penghujung kejohanan.

“Apabila kami tiba, anak perempuan saya berkata ‘wah, trofi itu cantik, besar pula tu’, lalu saya kata ‘OK, mari kita cuba dapatkannya’.

“Akhirnya saya menang, ia sesuatu yang luar biasa. Saya sangat gembira. Segala-galanya mungkin jika kita percaya. Lalui jalan anda sendiri, tidak kira bagaimana bentuknya, asalkan jangan berhenti. Saya mahu tunjukkan ini kepada anak-anak saya dan harap mereka bangga. Ia menakjubkan,” kata Maria.

Tatjana lakar sejarah, pemain paling berusia menang gelaran WTA

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker