Russell juara di Kanada dalam perlumbaan penuh drama

Russell juara di Kanada dalam perlumbaan penuh drama

Russell juara di Kanada dalam perlumbaan penuh drama
RUSSELL juara GP Kanada. -FOTO Reuters

Montreal: George Russell menghadiahkan kemenangan pertama musim ini buat Mercedes di Grand Prix Kanada selepas dua pemandu McLaren yang sedang memburu kejuaraan bertembung pada pusingan terakhir dalam perlumbaan yang mendebarkan dan penuh kekalutan.

Pemandu Britain berusia 27 tahun itu menewaskan pencabar rapat yang juga juara dunia empat kali, Max Verstappen dari pasukan Red Bull dengan kelebihan 0.228 saat di belakang kereta keselamatan untuk merangkul kemenangan keempat dalam kariernya.

Rakan sepasukan remajanya dari Mercedes, Kimi Antonelli pula menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Pendatang baharu dari Itali berusia 18 tahun itu muncul pelumba termuda ketiga dalam sejarah Formula Satu (F1) menaiki podium, mempamerkan ketenangan apabila berdepan tekanan hebat di penghujung perlumbaan daripada pendahulu kejuaraan, Oscar Piastri (McLaren), yang tetap mengakhiri perlumbaan di tempat keempat biarpun berlanggar dengan rakan sepasukannya, Lando Norris.

Keputusan itu membolehkan Piastri melebarkan jurang pendahuluan dalam kedudukan pemandu kepada 22 mata mengatasi Norris, yang melanggarnya pada pusingan ke-67 daripada 70 pusingan ketika cuba memotong di laluan lurus, menyebabkan sayap hadapan keretanya patah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Game Over Kepada Ahmad Terrirudin


“Ya, saya minta maaf,” kata Norris mengenai insiden perlanggaran dengan Piastri. “Semua salah saya. Memang salah saya sepenuhnya. Malang dan bodoh daripada saya.”

Charles Leclerc menamatkan perlumbaan di tempat kelima di hadapan rakan sepasukannya dari Ferrari, Lewis Hamilton, diikuti Fernando Alonso (Aston Martin) dan Nico Hulkenberg (Sauber).

Esteban Ocon menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan buat pasukan Haas, sekali gus mencatat mata pada perlumbaan ke-200 pasukan itu, mengatasi Carlos Sainz (Williams) yang berada di tempat ke-10.

Russell nyata gembira apabila berjaya menghadiahkan kemenangan pertama kepada pasukannya sejak Grand Prix Las Vegas tahun lalu.

“Perasaan berada kembali di tangga teratas memang menakjubkan. Kali terakhir ialah di Vegas dan tahun lalu di sini pula, kami terasa seperti kehilangan kemenangan. Tapi hari ini, kami akhirnya berjaya berkat pusingan kelayakan yang luar biasa itu dan saya juga gembira melihat Kimi berada di podium,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993


Verstappen turut pantas mengucapkan tahniah kepada dua pemandu Mercedes itu.

“Ia perlumbaan yang cukup baik walaupun kami bergelut dengan tayar. Kami gunakan strategi agresif dan berjaya bertahan. Ini adalah maksimum yang mampu kami capai hari ini.”

Antonelli pula menerima sambutan hangat daripada penonton di Litar Gilles Villeneuve, dengan namanya dilaungkan sewaktu menaiki podium.

Russell juara di Kanada dalam perlumbaan penuh drama

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker