Restoran denda pelanggan tidak sama dalam tempahan
Restoran denda pelanggan tidak sama dalam tempahan

PARIS – Sebuah restoran di Amboise, Perancis mengumumkan akan mendenda pelanggan yang tiba dalam jumlah lebih ramai atau sedikit berbanding bilangan yang dinyatakan dalam tempahan, lapor portal berita NDTV kelmarin.
Cef merangkap pengurus restoran L’ilot iaitu sebuah kedai makan 20 tempat duduk, Oliver Vincent memperkenalkan caj tambahan 15 euro (RM74) itu untuk setiap pelanggan yang ingkar peraturan baharu tersebut.
Kecewa kerap berdepan pelanggan yang tidak hadir atau penambahan tidak seperti dalam tempahan, Vincent berkata, langkah itu bertujuan menjadikan pelanggan lebih bertanggungjawab dan menghormati operasi restoran.
Dalam catatan di laman Facebook, beliau memaklumkan bahawa peraturan baharu itu akan dikuatkuasakan pada masa hadapan.
“Jika anda tidak datang bersama jumlah tetamu yang telah anda tempah, 15 euro akan dikenakan untuk setiap orang,” tulisnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
Beratus-ratus netizen mengulas dengan ada antara mereka menyokong langkah tersebut tetapi sebilangan yang lain menyatakan peraturan itu ‘bermasalah’ kerana tidak mengambil kira pertambahan pelanggan pada saat-saat akhir. – AGENSI
Restoran denda pelanggan tidak sama dalam tempahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
You must be logged in to post a comment.