Pelajar kolej maut motosikal terbabas rempuh besi penghadang lebuh raya

Pelajar kolej maut motosikal terbabas rempuh besi penghadang lebuh raya

Pelajar kolej maut motosikal terbabas rempuh besi penghadang lebuh raya
Motosikal ditunggangi mangsa terbabas hingga meragut nyawa. – Foto ihsan PDRM

KLUANG: Seorang pelajar Kolej Antarabangsa Sains & Teknologi Melaka (MiCoST) maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Kilometer 69.2, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, semalam.

Mohamad Danish Subaha, 20, pelajar semester tiga Diploma Media Interaktif itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata polis menerima laporan orang awam jam 3.20 petang berhubung kemalangan maut membabitkan sebuah motosikal yang terbabas.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa menunggang motosikal Yamaha Y16ZR dari Simpang Renggam menghala ke Melaka.

“Sejurus tiba di lokasi, motosikal ditunggangi mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas melanggar besi pembahagi jalan. Mangsa terjatuh di atas jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mayat dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom untuk bedah siasat dan diserahkan kepada ahli keluarga untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Pelajar kolej maut motosikal terbabas rempuh besi penghadang lebuh raya

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker