Pekerja kedai cuci kereta parah, kereta dipandu terjunam dari tingkat 3
Pekerja kedai cuci kereta parah, kereta dipandu terjunam dari tingkat 3

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja sebuah kedai mencuci kereta parah selepas kenderaan pelanggan yang dipandunya melanggar tembok sebelum terjunam dari tempat letak kereta di tingkat tiga sebuah pangsapuri servis, di Jalan Klang Lama petang tadi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata kejadian berlaku jam 5.38 petang membabitkan sebuah kereta jenis Toyota Camry yang dipandu lelaki warga Afghanistan berusia 23 tahun.
“Dia dipercayai tersilap menekan pedal minyak menyebabkan kenderaan itu melanggar tembok dan terjatuh dari tingkat tiga sebelum menghempap dua kenderaan lain, iaitu Proton Iriz dan Perodua Myvi yang diparkir di bawah bangunan terbabit,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.
Bagaimanapun, katanya kedua-dua pemilik kereta berkenaan tiada di dalam kenderaan terbabit ketika kejadian itu berlaku.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan parah dan dibawa ke zon merah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pekerja kedai cuci kereta parah, kereta dipandu terjunam dari tingkat 3
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
You must be logged in to post a comment.