Empat pejalan kaki cedera dilanggar kereta di Cameron Highlands
Empat pejalan kaki cedera dilanggar kereta di Cameron Highlands
KUANTAN: Empat individu termasuk tiga kanak-kanak tempatan cedera ringan selepas dilanggar sebuah kereta ketika sedang berjalan kaki di KM 68 Jalan Kea Farm, Brinchang, Cameron Highlands hari ini.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintendan Azri Ramli, berkata kemalangan itu, mengakibatkan pengunjung seorang lelaki berusia 24 tahun dan tiga kanak-kanak perempuan berumur 10, lapan serta dua tahun cedera dan telah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan kira-kira 12 tengah hari itu berlaku ketika kereta jenis Perodua Myvi dipandu seorang lelaki berusia 22 tahun, dalam perjalanan dari arah Brinchang.
Azri berkata ketika kejadian lelaki itu dipercayai diserang penyakit sawan mengakibatkannya hilang kawalan, sebelum kereta dipandu terbabas ke bahu jalan sebelah kiri dan melanggar kesemua mangsa.
“Akibat kemalangan itu empat pejalan kaki berkenaan mengalami kecederaan dan sudah mendapatkan rawatan di hospital serta dibenarkan pulang oleh doktor yang merawat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
Beliau berkata pemandu kereta yang mempunyai rekod penyakit sawan itu tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan terbabit.
Azri berkata lelaki itu juga tidak mempunyai sebarang rekod saman serta hasil ujian air kencing didapati negatif dadah namun polis telah mengeluarkan saman kepada pemandu berkenaan. – BERNAMA
Empat pejalan kaki cedera dilanggar kereta di Cameron Highlands
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
You must be logged in to post a comment.