Belasah Atletico 4-0, PSG buktikan status juara Eropah
Belasah Atletico 4-0, PSG buktikan status juara Eropah

Pasadena: Juara Eropah baharu, Paris Saint-Germain (PSG) memulakan kempen Piala Dunia Kelab mereka dengan langkah kanan selepas mencatat kemenangan bergaya 4-0 ke atas Atletico Madrid awal pagi tadi.
Dalam cuaca panas terik di Pasadena Rose Bowl, timur Los Angeles, PSG jelas terlalu ampuh buat lawan dari Sepanyol itu apabila meraih kemenangan sulung Kumpulan B dengan penuh bergaya.
Jaringan daripada Fabian Ruiz, Vitinha, Senny Mayulu dan Lee Kang-In memastikan tiga mata milik PSG, yang memukau 80,619 penonton dengan corak permainan menyerang yang bertenaga meskipun suhu mencecah 31 darjah Celsius sejurus selepas sepak mula pada tengah hari waktu tempatan.
“Kami beraksi dengan sangat baik dalam keadaan yang sukar. Ia satu kemenangan yang baik untuk membuka saingan,” kata penjaring PSG, Vitinha.
“Rentak permainan kami agak perlahan daripada biasa, tetapi kami lebih baik daripada lawan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
“Kami berlatih pada tahap yang sangat tinggi; pasukan ini gemar bersaing dan kami sudah bersedia untuk pergi sejauh mungkin,” kata Enrique.
Jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone pula enggan menyalahkan cuaca atas kekalahan pasukannya.
“Saya tidak boleh salahkan cuaca – kedua-dua pasukan bermain dalam keadaan yang sama.
“Mereka bermain jauh lebih baik daripada kami. Mereka memiliki pemain yang luar biasa dan sebab itulah mereka baru sahaja menjuarai segalanya.”
“Kami bermain lebih baik pada babak kedua. Tetapi PSG memang pasukan hebat dan mereka mempamerkan persembahan yang mengagumkan,” kata Simeone.
Kelab gergasi Perancis itu meneruskan rentak cemerlang selepas membelasah Inter Milan 5-0 dalam final Liga Juara-Juara dua minggu lalu, dengan pantas menguasai permainan melalui gerakan hantaran kemas sebelum membuka jaringan pada minit ke-19.
Belasah Atletico 4-0, PSG buktikan status juara Eropah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
You must be logged in to post a comment.