Bayern belasah kelab amatur Auckland City 10-0

Bayern belasah kelab amatur Auckland City 10-0

Bayern belasah kelab amatur Auckland City 10-0
MUNICH bermula langkah kanan dalam perlawanan pembukaan di Piala Dunia Kelab. -FOTO Reuters

Cincinnati, Amerika Syarikat: Bayern Munich memulakan kempen Piala Dunia Kelab mereka dengan penuh bergaya apabila membelasah Auckland City 10-0 awal pagi tadi dengan Jamal Musiala mencuri tumpuan selepas pulih daripada kecederaan apabila meledak hatrik pada separuh masa kedua.

Kingsley Coman membuka jaringan seawal minit keenam, menanduk masuk di tiang jauh hasil sepakan penjuru Joshua Kimmich.

Juara Bundesliga itu terus menguasai permainan dengan tiga jaringan pantas dalam tempoh tiga minit. Sacha Boey meledak rembatan rendah hasil hantaran Coman pada minit ke-18 bagi gol pertamanya bersama Bayern, Michael Olise menambah gol ketiga dengan sentuhan mudah sejurus selepas itu dan Coman menjaringkan gol keduanya pada minit ke-21.

Thomas Mueller meledak gol kelima sebelum tamat separuh masa pertama, menolak masuk dari jarak dekat selepas hantaran Olise, sebelum Coman sekali lagi mencuri perhatian dengan rembatan melengkung cantik dari luar kotak penalti.

Dengan kelebihan besar di babak pertama, ketua jurulatih Bayern, Vincent Kompany melakukan beberapa pertukaran pemain, termasuk memberikan penampilan sulung kepada pemain muda berusia 17 tahun, Lennart Karl.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Game Over Kepada Ahmad Terrirudin


“Saya mahu beri peluang kepada Karl, dia menunjukkan banyak kualiti. Ia satu detik istimewa buatnya dan juga untuk Bayern.

“Kami mempunyai asas kukuh sejak musim lalu dan dalam masa sama masih boleh beri peluang kepada pemain muda untuk berjaya. Dia mungkin memainkan peranan penting dalam pusingan seterusnya,” kata Kompany.

Pemain gantian, Musiala meledak gol pertamanya pada minit ke-67 dengan sepakan melengkung ke penjuru jauh, sebelum menyempurnakan sepakan penalti yang raih enam minit kemudian dan melengkapkan hatrik dengan memanfaatkan kesilapan pertahanan pada minit ke-84.

Mueller turut melengkapkan dua gol peribadi apabila menjaringkan gol ke-10 Bayern pada minit ke-89, sekali gus mencatatkan kemenangan terbesar dalam sejarah Piala Dunia Kelab lelaki.

Meskipun tewas besar, jurulatih Auckland City, Ivan Vicelich yang sebelum ini mendedahkan beberapa pemainnya terpaksa mengambil cuti dari kerja harian tetap bangga dengan semangat juang anak buahnya.

“Perasaan bangga terhadap pemain itulah yang kami harapkan. Ia satu impian, dari tahap amatur bermain di pentas sebesar ini.

“Di atas padang, anda tak boleh sembunyi. Saya sangat bangga, ramai pemain memberikan usaha yang hebat dan bekerja keras,” katanya.

Bayern belasah kelab amatur Auckland City 10-0

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker