Aprena Manrose Umum Sudah Bercerai – ‘Semoga Berbahagia’
Aprena Manrose Umum Sudah Bercerai – ‘Semoga Berbahagia’
Menamatkan teka teki, pelakon, Aprena Manrose akhirnya mengesahkan sudah bercerai dengan suami, Mohd. Afiq Hazman.
Sah bercerai

Menerusi hantaran di Instagram, Aprena atau nama sebenar Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 32, berkata, berat untuknya menerima takdir itu namun reda dengan ketentuan Ilahi.
Walau bagaimanapun, Aprena tidak mendedahkan secara terperinci tarikh dan punca mereka berpisah.
Sedih pula bila scroll gambar bersama tetapi hakikatnya kita tidak lagi bersama. Saya bukan lagi isteri kepada Mohd. Afiq.
Kalau ada jodoh tak kemana. Goodbye for now or maybe forever. Saya cuba, bertahan, usaha tapi saya gagal.
Dalam pada itu, Aprena meminta semua pihak mendoakannya agar kuat mengharungi fasa baharu dalam hidup.
Tiada lagi kita. Terima kasih atas rasa yang diberi. rasa yang luar biasa. Semoga berbahagia. Saya undur diri dulu.
Ramai kawan media tanya tentang status saya, ini adalah kenyataan rasmi daripada saya. Doakan saya mengharungi fasa yang baharu ini dengan tenang.
Untuk rekod, Aprena dan Mohd. Afiq mendirikan rumah tangga pada 2016, bagaimanapun mereka belum dikurniakan cahaya mata.
Sumber: Instagram
Aprena Manrose Umum Sudah Bercerai – ‘Semoga Berbahagia’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
You must be logged in to post a comment.