Bella Astillah anggap kurang manis ulas hubungan dengan Syed Saddiq
Bella Astillah anggap kurang manis ulas hubungan dengan Syed Saddiq
Pelakon dan penyayi Bella Astillah enggan mengulas lebih lanjut berhubung hubungannya bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang dilihat semakin rapat tanpa sebarang ikatan.
Bella Astillah enggan ulas hubungan dengan Syed Saddiq
Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, terus mengunci mulut apabila disoal berkenaan menjalinkan hubungan cinta bersama Syed Saddiq dan hanya meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat mereka.
“Kalau nak ulas tentang hal perhubungan, sebenarnya segan sebab saya wanita bahkan sudah ada dua orang anak.
“Nak cakap lebih-lebih pun rasa kurang manis, Mungkin kedengaran klise tetapi doakan yang baik-baik sahaja,” kata Bella pada majlis pelancaran single terbaharunya, Lebih Indah Berpisah, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
Dalam pada itu, Bella memberitahu hubungan mesra antara dia dan Syed Saddiq hanyalah berlandaskan tuntutan kerja sahaja dan memohon maaf jika terdapat sesetengah pihak yang berasa kurang senang dengan hubungan mereka berdua.
“Saya pun tak mahu cakap lebih-lebih sebab ada hati dan imej keluarga yang perlu kami hormat. Kepada semua yang selalu nampak kami bersama, minta maaf kalau ada yang kurang senang.
“Semua itu adalah kolaborasi yang kami perlu selesaikan termasuk kerja dari klien dan siaran langsung bersama,” jelasnya.
Ibu kepada dua orang cahaya mata itu juga mengulas berkenaan reaksi Syed Saddiq yang dikatakan kaku dalam semua konten di media sosial dan memberitahu perkara itu terjadi secara semulajadi dan bukannya lakonan.
“Umum tahu dia bukan pelakon dan pastinya semua yang ditunjukkan dalam video adalah spontan,” tambahnya lagi.
Untuk rekod, Bella merupakan ibu tunggal kepada dua cahaya mata, Mohamed Ayden Adrean, 8, dan Ara Adreanna, 5, setelah bercerai bersama penyanyi Aliff Aziz pada 12 Jun tahun lalu.
Sumber: hibglam (Nur Emira Saizali)
Bella Astillah anggap kurang manis ulas hubungan dengan Syed Saddiq
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
You must be logged in to post a comment.