Scammer Guna Nama Wawa Zainal [VIDEO]
Aeril Zafrel Pesan Jangan Mudah Tertipu
Scammer Guna Nama Wawa Zainal [VIDEO]
Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel menafikan dirinya dan isteri, Wawa Zainal menganjurkan peraduan yang menjanjikan wang tunai sebanyak RM30,000.
Scam

Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Suhairil Sunari, 37, memuat naik satu tangkap layar mesej yang memaparkan seorang individu mendakwa dirinya wakil kepada pihak Wawa.
Dalam mesej tersebut, individu yang menyamar itu menawarkan hadiah lumayan kepada mangsa namun meletakkan syarat perlu membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM500.
Ini adalah scam. Tidak adanya senang-senang mahu beri hadiah kepada orang tanpa sebab.
Kalian pun janganlah mudah percaya.
Tidak hanya itu, individu tersebut juga bersumpah atas nama Wawa sebagai taktik mahu meraih kepercayaan mangsa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
Saya Wawa bersumpah kalau bohong akan kena bala besar.
Wawa akan bertanggungjawab apabila sudah hantar pengesahan dan sekiranya duit belum masuk semua amal ibadah saya tidak akan diterima oleh Allah. S.W.T.
Sumber: Instagram
Scammer Guna Nama Wawa Zainal [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.