Pemandu kereta maut tersepit
Pemandu kereta maut tersepit

MACHANG: Seorang lelaki meninggal dunia akibat tersepit di tempat duduk pemandu setelah terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain di Jalan Machang-Kuala Krai, Machang berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Samad, di sini, awal pagi tadi.
Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Machang, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Mohd Suhaimi Razali, pihaknya menerima panggilan melalui sistem MERS999 pada jam 12.43 pagi yang memaklumkan terdapat kemalangan jalan raya membabitkan mangsa tersepit.
Katanya, seramai enam anggota bersama sebuah jentera FRT kemudiannya ke lokasi kejadian untuk tindakan.
“Setibanya ke lokasi, didapati benar terdapat kemalangan membabitkan dua buah kenderaan iaitu sebuah Honda Accord dan Perodua Axia dari arah bertentangan.
“Sementara itu, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.
“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.13 pagi,” katanya.
Pemandu kereta maut tersepit
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.