Muntazar Dedah Silap Join Trading, Saidah Tuduh Akaun Digodam Lepas Putus Tunang

Cinta Terkandas Gara-Gara RM500?-

Muntazar Dedah Silap Join Trading, Saidah Tuduh Akaun Digodam Lepas Putus Tunang

Muntazar Dedah Silap Join Trading, Saidah Tuduh Akaun Digodam Lepas Putus Tunang

Duit lebur dek tersilap langkah dalam kegiatan trading, pelakon muda Muntazar Ghufran, 22, mengakui pernah berdepan masalah kewangan yang serius ketika masih dalam fasa pertunangan dengan aktres Saidah Kamaruddin. Menurut Muntazar, kesilapannya berpunca daripada keinginan untuk cepat kaya yang akhirnya memakan diri sendiri apabila wang simpanannya semakin susut. Katanya, pada waktu itu dia hanya tinggal RM500 dalam simpanan ketika sedang bersiap untuk mendirikan rumah tangga bersama Saidah.

Muntazar Dedah Silap Join Trading, Saidah Tuduh Akaun Digodam Lepas Putus Tunang

 

Muntazar membuat pendedahan tersebut menerusi satu rakaman tangkap layar daripada aplikasi TikTok miliknya yang memperlihatkan sisi jujurnya tentang keperitan yang ditanggung akibat memilih jalan pelaburan yang salah. Ujar Muntazar, tindakan terjun ke dunia trading tanpa ilmu yang mencukupi menyebabkan dia hilang arah dan gagal mengawal kewangan dengan baik. Keadaan itu turut menjejaskan hubungannya bersama Saidah, yang akhirnya berakhir dengan pembatalan pertunangan.

 

Muntazar Dedah Silap Join Trading, Saidah Tuduh Akaun Digodam Lepas Putus Tunang

Sebelum ini, isu mereka menjadi perbualan hangat selepas Saidah meluahkan rasa berang apabila mendakwa akaun TikTok miliknya telah digodam oleh Muntazar. Dalam luahannya, Saidah turut mendakwa salah satu punca perkahwinan mereka terbatal adalah kerana Muntazar hanya mempunyai RM500 dalam simpanan ketika mereka sedang merancang masa depan bersama.

Muntazar Dedah Silap Join Trading, Saidah Tuduh Akaun Digodam Lepas Putus Tunang

 

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada Mei tahun lalu, namun hubungan mereka hanya bertahan kurang daripada setahun apabila putus pada Mac lalu. Pendedahan mengenai masalah kewangan dan isu peribadi mereka kini terus menjadi perhatian netizen yang mengikuti perkembangan hubungan dua pelakon muda ini.

Muntazar Dedah Silap Join Trading, Saidah Tuduh Akaun Digodam Lepas Putus Tunang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker