GAMBAR menunjukkan pesawat rasmi, Wing of Zion. – AGENSI

GAMBAR menunjukkan pesawat rasmi, Wing of Zion. – AGENSI

Pesawat Netanyahu berlepas ke Greece, keberadaan PM Israel dirahsiakan
GAMBAR menunjukkan pesawat rasmi, Wing of Zion. – AGENSI

TEL AVIV – Pesawat rasmi Israel, Wing of Zion berlepas ke Athens ketika wujud kebimbangan mengenai serangan balas Iran, lapor akhbar Jerusalem Post hari ini.

Wing of Zion yang merupakan pesawat Air Force One versi Israel, berlepas dari Lapangan Terbang Ben-Gurion pagi tadi ketika Israel melancarkan serangan ke atas kemudahan nuklear Iran sebagai sebahagian daripada Operasi Kebangkitan Singa.

Pesawat itu digunakan oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan Presiden Isaac Herzog sebagai pengangkutan rasmi mereka semasa lawatan antarabangsa.

Kapal terbang itu berlepas ke Athens di Greece susulan kebimbangan tentang serangan balas Iran.

Tidak lama selepas Wing of Zion berlepas ke Greece, jurucakap tentera Israel, Brigedier Jeneral Effie Defrin memberitahu sidang akhbar bahawa Iran telah melancarkan lebih 100 dron ke arah Israel. – AGENSI

Pesawat Netanyahu berlepas ke Greece, keberadaan PM Israel dirahsiakan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker