‘Bukan Satu Kesalahan Saya Teman Adam Bekerja’ – Sweet Qismina
‘Bukan Satu Kesalahan Saya Teman Adam Bekerja’ – Sweet Qismina
Dianggap bersikap ‘over protective’ apabila sering dilihat menemani suami ke mana sahaja, pelakon, Sweet Qismina menganggap tindakannya itu bukan satu kesalahan.
Tak salah teman suami

Sweet atau nama sebenar Farhanna Qismina Supandi, 28, berkata, dia hanya akan menenami suami, aktor, Adam Lee ketika mempunyai waktu lapang sahaja dan bukannya setiap masa.
Bukan menjadi satu masalah untuk saya menemani Adam pergi bekerja atau juga sebaliknya, dia yang menemani saya.
Saya itu satu keperluan, bukan saya siapa yang nak teman dia? Melainkan kalau kami ada pengurus, pengurus kami pun ibu sendiri. Ada juga ketikanya kalau saya tiada atau sibuk dengan urusan lain, Adam akan gerak sendiri.
Dalam pada itu, Sweet mengakui tidak kisah dengan cakap nakal segelintir pihak jika mengatakan dia suka ‘menempel’ dengan suaminya.
Perkara itu tidak patut dipandang dari sudut negatif sebab saya rasa menemani suami sendiri bukan satu kesalahan.
Kalau orang lain ingin kata macam-macam saya tidak ambil peduli. Saya sangat selesa kalau Adam sentiasa teman saya ke mana sahaja.
Pada akhirnya pun saya akan buat semua perkara dengan pasangan saya sendiri. Saya introvert, habis kerja terus balik rumah, Adam pun tak suka melepak. Jadi hidup kami hanya berdua.
‘Bukan Satu Kesalahan Saya Teman Adam Bekerja’ – Sweet Qismina
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.