3 lelaki ditembak di restoran di Brickfields, 1 maut, 2 cedera
3 lelaki ditembak di restoran di Brickfields, 1 maut, 2 cedera

Kuala Lumpur: Tiga lelaki ditembak ketika makan di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields di sini menyebabkan seorang maut, manakala dua lagi cedera.
Dalam kejadian 10.50 malam itu, ketiga-tiga lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun sedang makan bersama beberapa rakan sebelum didatangi dua lelaki bermotosikal.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, dua suspek berkenaan kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke arah mereka.
“Seorang daripada mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan dan mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
“Dua lagi mangsa menerima rawatan di PPUM dengan seorang daripada mengalami kecederaan serius, manakala seorang lagi cedera ringan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, awal pagi tadi.
Ku Mashariman berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup bagi mengenal pasti motif kejadian dan suspek yang terbabit.
“Kita yakin dapat mengenal pasti suspek dalam masa terdekat. Orang ramai tidak perlu gusar dengan kejadian ini.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi polis atau balai berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya.
3 lelaki ditembak di restoran di Brickfields, 1 maut, 2 cedera
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.