Verstappen dihimpit tekanan
Verstappen dihimpit tekanan

Montreal: Max Verstappen bukan saja memburu rekod kemenangan keempat berturut-turut di Grand Prix (GP) Kanada hujung minggu ini, malah perlu memastikan dirinya tidak dihimpit masalah dengan hanya satu mata penalti lagi sebelum dikenakan penggantungan perlumbaan.
Juara dunia Formula Satu (F1) itu menang di Litar Gilles Villeneuve selama tiga tahun berturut-turut dan tahun lalu bermula di barisan depan bersama pelumba Mercedes, George Russell, pencabar yang sama yang mencetuskan insiden bersamanya dua minggu lalu di Sepanyol.
Bagaimana Verstappen akan bertindak balas menjadi persoalan utama, apatah lagi litar Kanada terkenal dengan cuaca yang sering berubah dan menjadikan perlumbaan lebih sukar diramal dan berisiko tinggi.
“Dia tidak boleh melakukan kesilapan dalam dua perlumbaan akan datang. Sudah tentu dia akan diingatkan supaya jangan ambil tindakan melulu,” kata Helmut Marko, penasihat Red Bull, dalam kolum di Speedweek.
Sementara Red Bull sibuk dengan tekanan dalaman, McLaren semakin menyerlah sebagai pencabar utama musim ini, dengan Oscar Piastri kini mendahului rakan sepasukan, Lando Norris, sebanyak 10 mata selepas sembilan daripada 24 perlumbaan.
Namun Mercedes juga tidak mahu ketinggalan, terutama di litar yang mereka anggap sesuai dengan kereta mereka.
“Kami biasanya lebih selesa di Montreal berbanding litar lain. Jadi saya harap kami boleh buat sesuatu kali ini,” kata James Allison, pengarah teknikal Mercedes.
“Kami bawa satu dua kemas kini baru, jadi kita tengok sejauh mana ia memberi kesan nanti.”
Mercedes belum meraih sebarang kemenangan musim ini, dengan pencapaian terbaik setakat ini ialah tempat kedua Russell di GP Bahrain pada April lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
Kali terakhir mereka menang adalah di Las Vegas, November tahun lalu.
Verstappen dihimpit tekanan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
You must be logged in to post a comment.