Tuchel sedia lanjut kontrak hingga Euro 2028 walau dikecam

Tuchel sedia lanjut kontrak hingga Euro 2028 walau dikecam

Tuchel sedia lanjut kontrak hingga Euro 2028 walau dikecam
TUCHEL bergelut ketika mengendalikan England setakat ini. FOTO Reuters

Nottingham: Pengurus England, Thomas Tuchel memberi bayangan beliau sedia melanjutkan kontraknya sehingga Kejohanan Euro 2028 meskipun skuad bimbingannya ketika ini dikecam susulan prestasi hambar termasuk kekalahan 1-3 kepada Senegal, Selasa lalu.

Tuchel, yang kontraknya bersama Persatuan Bolasepak England (FA) akan tamat selepas Piala Dunia 2026, mengalami kekalahan pertamanya selepas empat perlawanan kekalahan yang menyaksikan Senegal menjadi pasukan Afrika pertama menewaskan England.

“Saya sentiasa rasa tertarik untuk kekal kerana saya sukakan kumpulan ini dan peluang yang diberikan. Ia satu penghormatan untuk menjadi pengendali England,” katanya kepada stesen radio Talksport, Rabu.

“Saya masih berkata iya (untuk sambung kontrak), walaupun selepas kekecewaan malam tadi. Saya menikmati cabaran ini. Saya rasa disokong dan dihormati oleh FA. Ini suasana baru yang saya cari.”

Namun, jurulatih berusia 51 tahun itu mengakui tidak dapat menikmati permainan selepas menyaksikan pertahanan England dihukum berulang kali oleh barisan serangan Senegal.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR


“Cara kami kalah, kalah di tempat sendiri, sangat menyakitkan.”

Tuchel turut mengakui barisan England ketika ini kurang semangat dan kegembiraan dalam permainan – sesuatu yang turut disedari ketika kemenangan tipis 1-0 ke atas Andorra dalam aksi kelayakan Piala Dunia.

“Kami kekurangan keceriaan dan tenaga. Ia lebih kepada hubungan antara pemain yang mampu cipta semangat dan keseronokan bermain bersama,” katanya.

“Senegal datang dengan matlamat untuk menang dan cipta sejarah. Kalau kita menang, adakah kita akan meraikannya seperti mereka? Saya rasa tidak.”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP


Tambahnya, suasana yang lebih ceria dan ekspresif perlu diwujudkan dalam skuad kebangsaan: “Sambut gol dengan lebih gembira, lebih ekspresif. Cipta persekitaran yang benarkan pemain raikan kegembiraan mereka. Atau… mungkin ini soal budaya? Gaya hidup yang berbeza?”

Tuchel dijadual ke Amerika Syarikat minggu depan bagi menilai aspek persiapan Piala Dunia 2026 termasuk isu penyesuaian cuaca panas di lokasi kejohanan di AS, Mexico dan Kanada.

Tuchel sedia lanjut kontrak hingga Euro 2028 walau dikecam

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker